Saturday, February 28, 2009

Sesi sekolah masa ini

Sesi persekolahan masa ini memang agak panjang. Bayangkan anak kita perlu sampai ke sekolah sebelum pukul 7 pagi. Pukul 7.05 mereka sudah berada di dataran sekolah.Program disediakan seperti Masa itu emas, Citra bahasa, English Writing, Nilam dan sebagainya. Pukul 7.45 pagi atau lebih awal masuk ke kelas.
Murid balik pukul 1.30 atau 1.50 petang. Ada sekolah habis sesi persekolahan pukul 3.30 petang. Guru besar atau Pengetua sangat berbangga, lebih lewat sesi persekolahan lebih banggalah pentadbiran termasuk Jabatan Pelajaran. Perkara ini disokong PIBG, katanya.
Sampai rumah bergegas ke sekolah agama. Tak taulah nak makan apa budak itu kalau ibu bapa belum balik. Duit yang dibekalkan hanya beli makanan ringan. Balik sekolah agama pukul 6.50 petang. Sambil menanti malam, buatlah kerja sekolah. Pukul 8 malam pergi pula kelas tambahan yang dianjurkan sekolah. Bagi yang mampu pergi kelas tuisyen lain.
Tak taulah apa nak jadi persekolahan sekarang. Semuanya atas nama 'perubahan'. Perancang pendidikan berbangga. Tak pasti adakah perubahan itu yang kita mahu. Tidak ada satu kajian yang membuktikan kejayaan anak-anak melalui proses rutin kehidupan yang sedemikian. Betul ke? Itukah mentaliti pegawai pendidikan di Kementerian dan Jabatan?
Kebanyakan masyarakat kita memberi pendapat atau cadangan ikut persepsi. Mereka seronok jika persepsi itu dapat sokongan. Kita nampaknya membentuk anak-anak kita macam robot. Jiwa mereka sebenarnya kosong, berfokus pada keduniaan saja dan bergantung pada nilai peperiksaan semata-mata.
Teringat saya bagaimana ibu saya mendidik saya. Pada masa lapang beliau mengajak saya mendengar bacaan buku Perimbon Jawa(tentang Islam). Ibu saya tak tahu tulisan rumi, apatah lagi bahasa Inggeris. Walaupun kurang faham, diajak juga mendengarnya. Saya kena hafal beberapa doa atau ayat Quran.Bila ada tetamu datang terutama orang alim saya mesti salam dengannya. Sekali sekala diajak kerja kebun. Pendek kata saya banyak duduk di rumah. Tak perlu kokurikulum lain.Tak ada tuisyen, belajar guna buku teks dan belajar sendiri di rumah.Tak masuk program motivasi luar.Alhamdulillah, boleh dapat cemerlang dalam SPM. Aktiviti yang paling minat ialah penulisan. Banyak duduk di rumah, membaca termasuk al-Quran dan hadis.
Fikirkan...(akan disambung)

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...