Wednesday, February 25, 2009

Di manakah kita berbelanja?

Setiap hujung bulan kakitangan awam mendapat gaji bulanan. Selepas 'cucuk dinding' bagi pengguna ATM mereka biasanya berasa lega kerana penantian sebulan sudah tercapai. Ke mana nak pergi dengan duit itu? Biasanya mereka akan mengunjungi pasar raya yang begitu banyak pada masa ini. Pilih saja. Jika diperhatikan hampir 95% yang berbelanja di pasar raya itu adalah orang Islam khususnya Melayu. Sebahagian besarnya kakitangan kerajaan.Begitu juga restoran makanan segera.
Kenapa pilih pasar raya? Jawapannya mudah; boleh cuci mata, bawa anak-anak sambil jalan-jalan, katanya harga murah, senang parking kereta dan aktiviti window shopping terutama kaum wanita. Itulah alasan klise yang digunakan.
Tanpa sedar pengguna Islam menjadi penyumbang penting kemajuan ekonomi golongan tertentu. Jika pasar raya itu milik pelabur asing, duit itu digunakan untuk membangunkan senjata mereka bagi memusnahkan saudara Islam seperti di Iraq, Palestin, Afghanistan malah tak mustahil aktiviti yang menentang Islam di Malaysia.
Kalau tak beli di pasar raya, nak beli di mana? Mana pasar raya yang orang Islam bina?
Memang sedih, sudah 52 tahun merdeka sepatutnya orang Islam tak kira kaum apa sudah mempunyai pasar raya sehebat Giant, Tesco, Econsave dan sebagainya.Kita sekadar memerhati, mengunjungi pasar raya, membeli, sambil jadikan tempat itu melepak bagi anak muda.Saya difahamkan sebuah pasar raya di Muar, Johor membayar sewa tanah RM50,000 sebulan kepada tuan punya tanah. Itu baru sewa tanah, belum kira keuntungan pasar raya dan tempat lain.
Kita sepatutnya menahan nafsu berbelanja di pasar raya. Kakitangan awam adalah golongan berpendidikan boleh berfikir, lebih baik berbelanja di kedai runcit biasa, pasar tani untuk menolong golongan itu mencari rezeki walaupun mungkin harga mahal sedikit. Kalau peniaga itu Islam, setidak-tidaknya memulakan kerja dengan baca bismillah..., solat, ada mandi wajib, banyak sedekah, derma dan sebagainya. Fikirkan keberkatan, bukan untung semata-mata yang tidak seberapa itu.
Saya belum pernah jumpa ada orang jadi kaya dengan membeli di pasar raya konon harga lebih murah.Yang pasti ratusan ringgit kita curahkan di kaunter pasar raya setiap bulan. Bayangkan duit itu nanti akan menyusahkan anda pada masa lain atau saudara kita. Adakah kita sanggup terima?

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...