Monday, August 8, 2016

Dalam kehidupan sesama manusia, apakah sebenarnya yang manusia ingin cari atau mendapatkannya? Manusia ingin kasih sayang. Kanak-kanak, remaja, suami, isteri, anak, ibu dan bapa mahu kasih sayang berpanjangan dalam mengharungi kehidupan. Hubungan manusia dengan Allah ialah mencari keredaan-Nya. Tapi antara manusia, mereka mahu kasih sayang. Lihat pada orang yang sudah mempunyai apa saja material yang lengkap seperti kereta, rumah, pangkat, gelaran, kenderaan lain, wang, sahabat, pasangan hidup, masih tercari-cari dalam memenuhi kehidupan. Ibu atau bapa sentiasa rindukan anak dan cucu bukan sebab wang semata-mata. Kunjungan atau ziarah anak cucu dapat menjalin kasih sayang.
Sangat besar pengertian dan manfaat berkasih sayang terutama dalam berkeluarga.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...