Friday, October 21, 2016

Satu detik sejarah Belanjawan 2017

Sudah menjadi satu sejarah, semasa pembentangan belanjawan negara buat kali pertama pihak pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat, kecuali wakil PAS manakala Datuk Shafie Afdal keluar lewat. Ucapan belanjawan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak seperti ceramah politik BN. Kalaulah tidak diselitkan sindiran, atau memperli pihak pembangkang, mungkin pembangkang tidak keluar dewan.
Oleh sebab itu ucapan belanjawan, pembangkang tidak berpeluang untuk mencelah atau membidas ucapan itu.
Tan Sri Muhyiddin bekas TPM dan selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu amat jelas mempunyai prinsip perjuangan. Nampaknya beliau berpegang pada ungkapan 'berani kerana benar' walaupun sudah lama bersama BN. Beliau turut keluar bersama ahli pembangkang yang lain.
Kenapa wakil PAS tidak keluar dewan? Adakah mereka bersetuju dengan ucapan belanjawan itu atau teruja PM memuji arwah Ustaz Harun Din?

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...