Sunday, September 27, 2015

Masalah Penjualan Sate


Penurunan mata wang (RM) memberi kesan pada daging import. Kenaikan harga daging memberi kesan pada jualan sate. Saya sempat berbual dengan penjual sate pada hari ini 27 September 2015. Kebanyakan sate daging lembu menggunakan daging lembu import kerana harga daging tempatan lebih mahal. Harga sekilo daging lembu import jenis batang pinang kini RM19. Sekilo daging dibuat sate menghasilkan RM30. Setiap cucuk dijual dengan dengan harga RM0.70 (sen). Penjual mendapat pendapatan kasar RM11. Hal ini belum diambil kira kos bahan rempah, upah mencucuk sate dan upah pekerja yang membakar sate. Tersangat kecil untungnya. Demi kelangsungan kedai makan, sate sebagai satu pilihan menu di samping makanan lain untuk pelanggan. Saya tidak tahu berapa harga secucuk sate di Kuala Lumpur dan di Kajang. Sudah tersangat lama tak pergi KL dan Kajang.
Seorang rakan menyanggah, ada penjual lain menjual 50 sen satu cucuk sate. Tapi jika dijual dengan harga yang lebih rendah, pembuat sate terpaksa mencampurkan sedikit lemak. Tidak semua pelanggan sedar. Penjual sate yang jujur tak akan mencampurkan lemak dalam penyediaan sate. Selain itu, pembuat sate akan menggunakan daging campuran, maksudnya bukan semua jenis daging batang pinang untuk mengurangkan kos. Kebanyakan pelanggan tak tahu hal itu, yang penting sedap. Tapi tak bagus kerana banyak kandungan lemak.
Pelanggan harus berhati-hati jika harga sate terlalu rendah kerana kandungannya berbeza dan tidak menggunakan daging batang pinang 100%.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...