Saturday, February 14, 2009

Blog Traffic

Feedjit Live Blog Stats

Kempen boikot barangan Yahudi

Tindakan memboikot barangan keluaran syarikat Yahudi perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh. Janganlah tindakan dibuat secara bermusim dan 'cepat sejuk'. Rakyat Malaysia khususnya orang Islam perlu bertindak jangan membeli barangan sama ada makanan, pakaian, alatan, hiburan, rokok dan sebagainya. Rakyat Malaysia pasti cinta akan keamanan. Oleh sebab itu berilah sokongan mengenai kempen ini.Rakyat negara ini juga sangat pemurah dengan menderma atas nama Kempen Gaza untuk rakyat Palestin.
Namun kebimbangan tetap ada dan persoalannya ialah apabila cerita penderitaan rakyat Palestin kurang kedengaran, adakah usaha memboikot barangan itu akan berterusan? Jangan mudah lupa.
Tanpa masalah rakyat Palestin, kita wajar meneruskan boikot itu. Jangan lupa juga produk halal wajib diutamakan. Makan produk yang tidak halal menjadikan kita jauh dari Allah. Untuk tujuan ini, HPA menawarkan dan membekalkan produk halal untuk orang Islam dan bukan Islam. Lawati laman web hpa.com.my atau hubungi 0192716299 (Yusof)

Monday, February 9, 2009

Makan yang halal sahaja

Makan makanan yang halal bukan untuk orang Islam sahaja, mereka yang bukan Islam juga elok diajak bersama. Jelaskan sebab-sebab manusia perlu makan makanan yang halal.
Masyarakat umum hanya faham sesuatu makanan itu halal jika tidak ada unsur atau bahan daripada babi atau hasil curi. Fahaman ini silap. Haiwan yang halal dimakan seperti ayam, lembu, kambing jika tidak disembelih dengan cara yang betul adalah tidak halal. Itu adalah bangkai. Darah haiwan itu tidak habis keluar dan membawa penyakit kepada pemakannya.
Sebagai orang Islam, sanggupkah kita makan makanan daripada haiwan atau bukan haiwan termasuk biskut dan air, ubat daripada luar negara, seperti yang berikut:
1. Tidak disembelih dengan betul,
2. Disediakan tanpa membaca kalimah Allah
3. Tidak bersolat
4. Tidak mandi wajib
5. Ada campuran bahan lain yang tidak suci
5. Boleh membahayakan kesihatan, dan
6. tidak lakukan amalan lain yang disuruh oleh Allah??

Orang Islam (juga bukan Islam) perlu berhati-hati supaya kita lebih sihat dan mendapat keredaan Tuhan.
Untuk makluman, dalam Hpa(Herba Penawar Al Wahida) semua produk adalah halal dan ada herba untuk kesihatan.
Antaranya:
- Kopi - kopi radix;
- Minuman coklat - koko radix;
-teh - herba, asiatica (pegaga);
-kordial - pegaga, roselle kurma, mangga, jambu batu
-air karbonat - cola, sarsi, aiskrim soda
-ayam,lembu, kambing
-ubatan.
dan lain-lain.

Untuk keterangan lain hubungi Tel:0192716299(Yusof) atau hpa.com.my

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...