Thursday, February 26, 2009

Solat hari Jumaat

Esok ialah hari Jumaat 27 Feb 2009. Penghulu segala hari bagi umat Islam. Bagi negeri yang Jumaat hari bekerja, masalah yang sering berulang saban minggu ialah kita tergopoh-gapah hendak balik segera untuk pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. Sebagai contoh, banyak sekolah di negeri Johor balik pukul 12.15 tengah hari, malah ada yang 12.20 tengah hari. Bagi pelajar lelaki sempatkah balik rumah, bersihkan diri dan ke masjid?
Jika rumah dekat dengan sekolah atau masjid, tidak ada masalah. Bagi pelajar yang ada kenderaan sendiri,mungkin tak ada masalah. Jika balik dengan menaiki bas awam sempatkah pelajar itu? Kalau tak sembahyang siapa nak tanggung dosa?
Guru dan kakitangan pula bagaimana? Ramai yang memberi alasan masih sempat, boleh singgah mana-mana masjid.Tak perlu balik rumah dulu!
Pembuat dasar di Jabatan,Pejabat Pendidikan adalah orang Islam yang sepatutnya sangat prihatin. Mereka membuat dasar mengikut persepsi sendiri. Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Jabatan, sektor tak ada masalah sebab ada kemudahan kenderaan sendiri. Bagaimana dengan ibu bapa yang anak terpaksa naik bas awam, bas sekolah? Ini yang saya tak faham.
Bagi saya, sesi persekolahan boleh diubah suai, contoh pendekkan 35 minit setiap waktu. Balik pukul 12.00 tengah hari. Saya perlu balik awal, sampai di rumah bersiap dan datang awal ke masjid dengan tenang. Tidak tergopoh-gapah. Solat sunat dan banyak berzikir. Bukan mudah nak jejak hari Jumaat. Hari yang kita tunggu setiap minggu. Kita mahu kualti ibadah pada hari Jumaat tinggi. Penghulu segala hari. Diperhatikan banyak pegawai-pegawai masih berbaju pejabat datang ke masjid. Tak salah, tapi itu sudah dibawa ke tandas dan aktiviti lain semasa bekerja.Pakai songkok hitam yang tak pernah dibasuh sejak beli. Terserahlah pada penilaian sendiri.
Hubungan dengan Allah perlu ditingkatkan kualiti kalau kita mahu prestasi meningkat. Allah yang menentukan, bukan dasar yang kita banggakan.
Alangkah baiknya jika Jumaat hari cuti hujung minggu.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...