Saturday, January 24, 2009

Masalah kata majmuk dan kata ganda

Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bukau dan sampah sarap. Anggapan itu timbul kerana kedua-dua kata tersebut ditandai sempang(-) pada suatu ketika dahulu. Selain itu, kata tersebut dianggapkan sebagai kata ganda berima(berentak) seperti gunung-ganang dan sayur-mayur dan sebagainya.



Bukit bukau dan sampah sarap tidak boleh digolongkan sebagai kata ganda kerana perkataan bukau dan sarap mempunyai makna. Bukau bermaksud kawasan tanah rendah seperti lembah. Perkataan sarap juga mempunyai makna tertentu iaitu sampah buangan atau sisa. Sarap bermaksud perbuatan makan yang biasanya dilakukan pada waktu pagi.



Dalam contoh tadi, kata ganang dalam gunung-ganang dan mayur dalam sayur-mayur, tidak mempunyai makna. Kata ini mempunyai rentak atau rima untuk gunung dan sayur sahaja.



Oleh sebab itu, bukit bukau dan sampah sarap merupakan kata majmuk iaitu kata yang mempunyai makna rujukan tertentu. Ejaannya tidak perlu tandakan sempang.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...