Tuesday, May 30, 2017

Yang tersurat dan tersirat dalam ekonomi Malaysia

Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).

Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.

Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan (Datuk Seri) Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.

Kedua, kerajaan sendiri tidak ada duit. Walaupun Najib memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan kadar pelbagai cukai, yuran dan tol serta memotong peruntukan pembangunan, kedudukan kewangan kerajaan dan negara masih lemah.

Disebabkan kekurangan wang dan kejatuhan keuntungan, banyak syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) terpaksa menjual harta mereka di dalam dan luar negara.

Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari negara China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita.

Secara tersirat ekonomi kita, walaupun berkembang pada kadar yang agak tinggi, sedang mengalami masalah sistemik (wabak) yang semakin teruk – kadar tukaran ringgit lemah, harga barang dan perkhidmatan naik, kadar inflasi makin tinggi, hutang kerajaan dan isi rumah melambung, pengangguran meningkat dan gaji membeku.

Jadi apalah sangat kerajaan membenarkan Proton dijual kepada China kalau masalah ekonomi negara dan kewangan kerajaan lebih buruk daripada itu?
(Sumber: Daripada sedutan blog Datuk Abd Kadir Jasin 25/5/17)

Ulasan:
Rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu peka dengan suasana ekonomi pada masa ini. Kesannya dirasai pada masa akan datang kerana orang Melayu banyak yang makan gaji dengan kerajaan mahupun swasta.

Sunday, May 7, 2017

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/07/menteri-dakwaan-ekonomi-merudum-hanya-khabar-angin/

JELI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ekonomi Malaysia akan merudum menjelang September depan.

Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah khabar angin memandangkan negara sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mustapa berkata, setakat ini, tiada pihak yang mampu membuat unjuran tepat terhadap ekonomi negara walaupun terdapat beberapa perkembangan global yang berlaku di luar jangkaan.

“Yang pastinya ekonomi dunia (dan Malaysia) bertambah baik. Rekod perdagangan kita menunjukkan pada suku pertama tahun ini berkembang kira-kira 23% dan merupakan rekod tertinggi sejak 2010.

“Kita tak pernah jangka ia berlaku. Saya tak nampak apa-apa perubahan dalam landskap pelaburan dan perdagangan (ketika ini), malah dari sudut pelaburan ia meningkat begitu ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail hari ini.

Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut.

ULASAN:

Bagi rakyat biasa dan bawahan, mereka hanya mahu Gst dihapuskan. Subsidi dikembalikan supaya harga barangan keperluan utama tidak meningkat dengan mendadak. Rasuah dan penyelewengan dibanteras.

Monday, April 3, 2017

RAKYAT TAK NAMPAK SUSAH KAN?

Terdapat guru yang juga penyokong tegar UmnoBn mengatakan PH(Pakatan Harapan) sengaja membuat dakwaan Gst dan penarikan subsidi telah menyebabkan rakyat kini menanggung beban dan tekanan hidup.

Katanya, tidak nampak pun rakyat jadi tertekan dengan kenaikan harga barang. Jalan raya sesak dengan jumlah kenderaan yang banyak, kedai makan atau restoran ramai orang, kedai kain dan pasar malam sesak dengan pengunjung. Kereta yang baru banyak di jalan raya. Itulah hujah dangkal penyokong UmnoBn.

Bagi seorang guru yang juga kakitangan kerajaan, dia akan dapat gaji pada setiap bulan. Dia patut melihat rakyat yang bekerja sendiri demi sesuap nasi begitu perit. Kenderaan yang banyak di jalan raya itu dibeli melalui pinjaman bank. Mereka berhutang, bukan beli tunai termasuk kakitangan kerajaan.
Pergerakan kereta di jalan raya mahupun lebuh raya dapat dilihat terutama pada cuti umum atau hujung minggu. Mereka ada urusan menghantar atau mengambil anak yang belajar di asrama, kolej atau universiti. Selain itu, mereka patut menghadiri majlis kenduri dan kunjungan saudara mara terdekat. Ini tak dapat dielakkan.
Kita juga melihat kedai makan bukan setiap masa ramai pelanggan. Hanya hujung minggu atau cuti umum.


Thursday, January 5, 2017

MELANCONG KE NEW ZEALAND 23 NOV HINGGA 3 DIS 2016

Jika anda mahu menikmati pemandangan alam semula jadi kawasan tanah tinggi dan pulau yang menarik, melanconglah ke New Zealand.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...