Thursday, January 29, 2009

KURSUS PBC DI MUAR

MUAR: Satu kursus PBC(Perkongsian Bijak Cemerlang) HPA anjuran Kelab Al Wahida Selatan akan diadakan pada 31 Jan hingga 1 Februari 2009 bertempat di Hotel Sri Pelangi, Muar. Kursus bermula pukul 8.00 pagi. Bayaran kursus RM160.00 termasuk penginapan, bahan kursus dan makan.

Ahli Hpa kawasan selatan khasnya yang tinggal di Muar, Batu Pahat dan Segamat diminta menghantar nama peserta atau downline kepada Penyelaras/Pengerusi Kursus Hj.Rahmat Daim di talian 0123632187.

Kursus ini akan memberikan banyak ilmu kepada peserta tentang Hpa, produk halal, pelan pemasaran, motivasi, tazkirah dan sebagainya.

Senarai Produk HPA

PENGGUNAKAN PRODUK HPA(Herba Penawar Al Wahida)
Produk halal oleh syarikat Islam sepenuhnya

Ardisia - Untuk merawat masalah ghout
Ayam/Daging Lembu/Daging Kambing/Fish Ball/Cake/Burger - bebas penggunaan bahan kimia tidak halal , diberi makanan herba , bebas daripada pengunaan MSG , ramuannya disenergi dengan herba terpilih.
Az-zahra Corset - Mengembalikan kelangsingan badan
Barut Herba - Ramping & sihat semulajadi
Bedak Awana - Menghaluskan & mencerahkan kulit
Bedak Delima - Merawat kulit bermasalah
Bedak Jasmin - Merawat jerawat
Bedak Tompok Hitam - Menghilangkan tompok hitam/jeragat
Bijirin Radix(cereal) - Minuman tenaga dengan khasiat 7 herba, buang kolestrol, baik bagi penghidap gastrik.
Coscinum Plus - Untuk Penyakit Alahan @ Allegic , resdung, jerawat, pening, selesema.
EQ Minda - Menghilangkan keletihan & stress, membantu perkembangan minda
Evening Primrose Oil(EPO) - Baik untuk jantung , darah tinggi , sendi , peradangan , penglihatan , imuniti badan dan masalah menopause
Evergreen Centella - Baik untuk perkembangan otak , anti penuaan & meningkatkan kesuburan
Extra Virgin Oil - Menghindari masalah kardiovaskular , batu hempedu dan tinggi vitamin E
Ficus - Untuk merawat masalah buasir
Flaxseed Oil (FSO) - Baik untuk menguruskan badan , masalah mata silau , kolestrol di arteri jantung dan kaya dengan omega 3 & 6
Freesia - Pencuci pakaian organik, tidak bahaya pada tangan
Grape Seed Oil(GSO) - Baik untuk masalah kolestrol , angin & anemia. Baik untuk kecerdasan otak , kolagen menggebukan kulit , melancarkan peredaran darah, anti kanser/virus , senggugut , asma dan merawat masalah selaput mata .
Habbatussauda Softgel - anti histamin , anti tumor , anti bakteria , anti inflamation, meningkatkan penghasilan susu ibu
HB - Untuk merawat masalah tekanan darah rendah , batu karang , kencing manis, keputihan , penyakit kulit, siflis dll
Herba Keputihan - Untuk merawat masalah keputihan bagi wanita
Herba Jawi – untuk pening dan demam, tiada dadah (berfungsi seperti Panadol)
Herba Senggugut - Untuk merawat masalah senggugut
IMT Kapsul – untuk merawat gaout, darah tinggi.
Kismis Minda - Menguatkan memori , melindungi hati , baik untuk kulit , mata & gigi
Kopi Radix - Minuman tenaga dengan sinergi 7 herba terpilih,merawat kencing manis, mengelakkan demam, darah tinggi pada tahap biasa..
Kordial Kurma Madu - Sumber tenaga segera yang tinggi serat , kaya dengan khasiat kurma dan madu
Kordial Mangga - Kaya dengan vitamin A,E,C serta potassium , antioksida & beta karoten
Kordial Pegaga - Mengembalikan kecergasan , merawat demam & batuk
Kordial Roselle - Kaya dengan vitamin C , anti penuaan dan meningkatkan imuniti tubuh daripada penyakit
Krim But-But - Minyak pelbagai guna dengan mint yang menyegarkan
Lady Cheer - Pembersih wanita fomulasi sireh , serapat dan manjakani
Madu Asli - Kaya dengan mineral & multivitamin
Malac - Untuk merawat penyakit buah pinggang - batu karang , batu hempedu , demam panas/campak/kuning dll
Mandian Sari Timun - Melembut , menyegar dan mecerahkan kulit
Mega 3 - Baik untuk minda , meningkatkan daya kesuburan , mengatasi masalah jantung
Mengkudu - Untuk merawat masalah darah tinggi , bekalkan tenaga untuk badan , membantutkan pertumbuhan sel kanser
Minyak But-But - Minyak pelbagai guna : lumpuh , luka , buasir , patah , kembung perut dll . Boleh menghitamkan rambut dalam jangka panjang.
Minyak Herba - Penawar racun , bisa binatang , luka , antibiotik dll
Minyak Pati Sepang - Membersih & menanggal sel-sel mati
Morin A - Untuk merawat lelah atau asma
Olive Oil Softgel - melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol , anti barah payudara, barah kulit, mencegah penyakit batu karang , nyanyuk
Omega 3 - Baik untuk jantung , kolestrol , darah tinggi , sendi dan mata
Paramaria Plus - Untuk wanita sejati luar dan dalam
Pelawas - Untuk merawat masalah berkaitan usus
Plantisol - Untuk merawat penyakit kencing manis
Radix - Untuk meningkatan tenaga dalaman lelaki dan wanita
Radix Cola/Sarsi/Oren/Ais Krim Soda - Minuman berkarbonat yang kurang tekanan gas dan kurang gula disenergi dengan herba terpilih
Radix Cookies - Biskut tenaga dengan 7 herba terpilih
Roselle - Kaya dengan vitamin C yang baik untuk anti peneuaan , anti kanser , stress , selsema dll
Sabun Asiatica - Melembab & melindungi kulit
Sabun Bayi - Memelihara kulit bayi secara alami
Sabun Cassia - Merawat kulit bermasalah
Sabun Pegaga Alami - Menjadikan kulit lebih lembut dan halus
Sabun Saffron - Harum & menghaluskan kulit
Sabun Susu Kambing - Memutih & melembabkan kulit
Sabun Whitening - Menjadikan kulit lebih cerah dan tegang
Set Bersalin - set lengkap dengan herba terpilih
Set Centella White - Gel Pembersih Muka , Krim Perbersih Muka , Esen Pencerah, Penyegar, Pelembap Muka , Masker Lulur Bervitamin , Krim Pencerah Malam , Losyen Badan , Gel Mata , Krim Pelindung UV , Syampu & Terapi Pegaga, Syampu & Terapi Aromatherapi, Masker Rambut Pegaga , Syampu Betik, Gel Mandian & Syampu , Krim Pelangsing Badan , Cecair Pencuci Tangan, Losyen Tapak Kaki , Krim Anti Jerawat,Bedak
Talkum Wanita / Lelaki / Bayi
Set Omra Haj - Mandian & Syampu , Pembersih Muka , Pelembab muka & Badan, Sabun dan Balm bibir
Sabun Clay – untuk penyakit kulit, ekzema, ruam lampin, elergi kulit.
Shark Cartilage Plus - Untuk merawat masalah kanser dan ketumbuhan, merawat keracunan makanan, gastrik
Spirulina - anti virus , anti kolestrol
Spirumadu - Kaya dengan vitamin A, B,C,D,E&K. multi nutrien semulajadi
Stoma K - Untuk mengatasi masalah kolestrol dan kegemukan
Tea Tree Oil - Anti kelemumur & penjagaan kulit kepala
Teh Asiatica Plus - Membakar lemak dan menurunkan kadar kolestrol
Teh Herba/Instant - Melancarkan peredaran darah , merawat luka dalam dan peradangan
Teh Tropika - Menyingkir toksid , merawat ghout, artritis , batu karang , kencing manis & darah tinggi
Teh Manjakani – untuk kesihatan wanita, bagi lelaki dan wanita untuk merawat radang sendi, otot, melangsingkan badan.
Teh Roselle - Kaya dengan vitamin C, anti kanser, stress , selsema dll
Tonik Pandan - Melebat & menghitamkan rambut
Tuju Angin - Untuk membuang angin dalam badan
Virgin Coconut Oil - menguatkan sistem pertahanan badan , memberi tenaga , anti bakteria , menguatkan rambut dan anti kelemumur
Vitex - Untuk merawat penyakit darah tinggi


Sumber maklumat: Hpa(Herba Penawar Al Wahida)

Maklumat lain : Hubungi 0192716299 (Hj.Yusof)
0196262683(Hjh.Rahimah)

Akibat ambil makanan haram

Malam tadi (Rabu malam Khamis 28 Jan 2009) Kuliah Perubatan Jawi diadakan di Hotel King, Air Keroh, Melaka.Lebih 200 orang hadir. Antara lain Pengarah Urusan HPA Tn.Hj.Ismail Ahmad menjelaskan akibat seseorang mengambil makanan haram.
1. Orang itu kurang mendapat petunjuk daripada Allah.
2.Terhijab daripada mengenali kebenaran.
3.Hati menjadi rosak dan keras.
4.Doa tidak dimakbulkan oleh Allah.
5.Tidak mendapat keberkatan pada rezeki dan umur.
6.Terhalang daripada mendapat ilmu.
7.Resah dan tidak tenteram.
8.Malas membaca Quran, solat dan ibadat yang lain.
Sumber:Kitab al-Fawaid oleh Al Allamah Ibnul Qayyim Al Jawziyah.
Produk dan makanan halal sepatutnya:
1. Sumbernya halal dan suci
2.Tidak membahayakan kesihatan
3.Dikeluarkan oleh orang Islam kecuali sumber yang orang Islam tidak dapat hasilkan lagi
4.Bukan hasil curi
5.Tidak ada unsur riba
6.Pengeluarnya tidak membantu pergerakan atau aktiviti menentang Islam, menghancurkan Islam.
7. Faktor lain yang boleh dipertimbangkan.

Tuesday, January 27, 2009

RAGAM AYAT

Dalam bahasa Melayu terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata, tanya, seruan dan perintah.
Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja, kedudukan objek, subjek, peredikat dan struktur ayat.
Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan.Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.
Contoh:
1. Mereka sedang membaca buku.(aktif transitif)
2. Kami sedang berbua-bual di anjung rumah.(aktif tak transitif)
Dalam ayat 1, mereka merupakah subjek yang diutamakan, kata kerja membaca diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut.
Dalam ayat 2, kami diutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumah hanyalah frasa keterangan tempat dan bukan objek.

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.
Contoh:
1. Buku itu saya baca.
2. Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Intan.

Dalam ayat 1, Buku itu ialah subjek dan saya baca ialah predikat.
Dalam ayat 2, Panggilan telefon ialah subjek, dan telah dijawab oleh Puan Intan ialah predikat.

Monday, January 26, 2009

Pengalaman menunai fardu haji




Sewaktu kapal terbang Saudi Airline mendarat di lapangan terbang antarabangsa Madinah pada 22 Disember 2004, saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana selamat sampai. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi waktu Arab Saudi. Keletihan dalam perjalanan selama lebih kurang 8 jam setengah dari KLIA bertukar menjadi lebih cergas dan gembira. Bukannya mudah untuk menjadi tetamu Allah, sampai di tanah suci Madinah dan Mekah.
Setelah sampai di hotel dan semua urusan beres, saya dah tak sabar nak ke masjid Nabawi. Masjid itu terletak di depan hotel tempat menginap. Kebetulan bertemu rakan lama yang sudah sampai dua hari lebih awal. Saudara Abdul Rahman membawa saya ke masjid. Dia menunjukkan pintu masuk utama, Raudah dan makam nabi serta para sahabat nabi. Masjid Nabi sungguh menarik seni binaannya, kawasannya luas dan selesa.
Masuk hari keempat 26 Dis 2004 terdengar berita Tsunami melanda Aceh dan Malaysia. Jamaah haji dari Aceh menceritakan peristiwa termasuk kehilangan rumah dan saudara-mara mereka.
Selain itu, saya dan jemaah lain sempat melawat Bukit Uhud, Kilang kurma, masjid Qiblatain, masjid Quba, dan beberapa tempat lain yang mempunyai kesan sejarah Islam.
Pada masa tertentu, jemaah Malaysia suka membeli belah di kedai yang banyak sekitar masjid. Pekedai sangat suka kerana jemaah Malaysia suka shopping. Tak pasti apa tujuan mereka banyak membeli barangan. Alasan yang sering dinyatakan ialah untuk sanak saudara, anak cucu, kawan-kawan elok beli di Madinah dan poskan awal sebelum ke Mekah.
Lapan hari berada di Madinah terasa sangat sekejap.Alhamdulillah, saya dan isteri dapat mengerjakan solat lima waktu selama 8 hari di masjid Nabawi. Rasa tenang berada di masjid itu amat saya kagumi. Hari kelapan, suhu di Madinah sudah 10 darjah celcius. Makin sejuk.
Jemaah bertolak ke Mekah dengan menaiki bas pukul 10 malam. Pihak Tabung Haji sudah mengingatkan supaya niat Umrah sebaik bertolak ke Madinah. Kami berhenti di masjid Bir Ali lebih kurang 10 km dari Madinah. Kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Batuk dan selesema saya makin menjadi-jadi ditambah cuaca yang sangat sejuk. Tuala kecil sentiasa bersama saya.Dugaan daripada Allah...
Kami berhenti di beberapa hentian kecil sepanjang perjalanan dan melalui entah berapa kali pemeriksaan imigresen. Satu peristiwa yang tak boleh lupa apabila saya dilantik ketua jemaah dalam bas itu. Terkejut. Apabila naik bas semula, saya dapat tau dilantik ketua. Tanya isteri siapa yang lantik. Bermula dengan pemandu bas itu orang Arab Mesir. Dia tanya isteri saya siapa yang duduk di sebelah isteri saya, dialah mudir. Dia angguk. Katanya itulah mudir. Isteri saya tak tau makna mudir. Saya katakan kepadanya mudir maknanya ketua. Kalau di sekolah dipanggil pengetua/guru besar. Saya geleng kepala.
Kami sampai di Mekah pada waktu subuh. Selepas check in, solat subuh dan sarapan, berehat sebentar. Hampir 10 pagi, saya dan isteri serta kawan ke masjidil Haram. Syukurlah dapat sampai dan melihat Kaabah. Sebab sebelum sampai ke tanah suci memang ada terdengar cerita ada jemaah tak dapat lihat kaabah padahal dah depan mata, sedangkan orang lain dapat melihatnya. Kami terus solat sunat dan kemudian tawaf.
Selepas, solat asar saya dan isteri mahu melakukan sa’i. Dalam mencari pintu masuk ke Safa, isteri saya menyuruh saya bertanya pegawai Tabung Haji Malaysia. Saya tak bertanya, saya yakin pintu safa sudah tak jauh. Lepas itu dia, terpisah dengan tiba-tiba dalam sekelip mata. Saya tercari-cari tapi tak jumpa.Hairan. Saya teruskan kerja sa’i hingga selesai. Apabila sampai hotel dia sudah berada di hotel. Memang dalam al-Quran, semasa mengerjakan kerja haji dan umrah kita hendaklah bersabar, jangan bersungut, apatah lagi berbalah.
Sepanjang berada di Mekah, makanan yang paling saya suka ialah kari kaki kambing makan dengan roti arab(macam roti Nan). Biasanya makan sarapan selepas solat subuh.
Ada 5 jemaah sebilik dengan saya di Hotel Ehwah(Maktab 85). Pernah beberapa hari keenam orang termasuk saya sakit. Maaf kata, dah macam wad hospital. Seorang pakcik dari Kelantan rasanya 2 kali dimasukkan ke hospital di Mekah.Umurnya lebih kurang 70 tahun. (catatan: khabarnya pak cik itu meninggal dunia selepas kembali ke Malaysia. Saya sangat sedih apabila terkenang kebaikannya. Dia tukang rumah kampung di kampungnya, isterinya guru mengaji al-Quran di kampung. Kumpul duit dapat menunaikan fardu haji).
Kami sempat menunaikan umrah sunat semasa di Mekah.
Sehari sebelum wukuf, selepas solat Asar kami bertolak ke Arafah. Sebaik meninggalkan hotel dan lengkap dengan pakaian ihram kami berniat haji. Dalam perjalanan itu, saya tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata. Sangat terharu. Laungan labaikallah humalakabaik ... oleh jamaah dalam perjalanan itu.
Selama di Arafah,Muzalifah dan Mina banyaklah dugaan. Yang sukar dilupakan apabila melihat hujan lebat dan banjir di Mina. Memang luar biasa, sebab bumi di sana jarang hujan. Terdapat khemah yang dibanjiri air hingga paras pinggang. Alhamdulillah, khemah yang saya duduki berada di tempat yang agak tinggi.
Saya dan isteri melontar jamrah selepas solat subuh (kecuali hari ketiga sebelum dan sesudah subuh) bersama kaum kerabat saudara Esa dari Serting, Negeri Sembilan. Memang agak sesak waktu itu, tapi Allah permudahkan. Saudara Esa sudah kali kedua menunaikan fardu Haji dan kali ini membawa ibunya. Pengalamannya membolehkan urusan melontar berjalan lancar.

Hari berikutnya, jemaah kembali ke Mekah. Kemudian kami melakukan tawaf dan sa'i haji. Selesailah kerja haji. Sambil menunggu pulang, kami melakukan solat di majidil Haram atau masjid berhampiran yang dikenali masjid kucing. Selanjutnya, tawaf wida sebelum ke madinatu Hujaj dan ke lapang terbang Jeddah untuk kembali ke Malaysia.

Kalau Allah izinkan memanglah ingin sangat menunaikan haji dan umrah lagi. Dapat beribadat, berdoa dan ziarah di sana. Mudah-mudahan. Itulah tempat yang paling terbaik di dunia, ada kelainan yang tersurat dan tersirat. Pengalaman saya melancong keluar negara amat berbeza dengan kota suci Mekah dan Madinah. Allah sangat berkuasa.


Sunday, January 25, 2009

Produk halal sangat penting

Rakyat Malaysia terutama umat Islam perlu makan produk halal. Produk halal bukan bermaksud produk itu tidak ada mengandungi bahan daripada haiwan yang diharamkan dalam Islam iaitu babi(khinzir), anjing dan sebagainya sahaja. Pengertian halal sangat luas. Hal ini termasuk sumber makanan itu halal mengikut hukum Islam. Jika sumber daripada haiwan, kita hendaklah memastikan haiwan itu disembelih cara Islam dan penyembelih mestilah orang Islam.

Kita perlu berhati-hati apabila memilih makanan untuk diri dan keluarga. Fikirkanlah orang yang mengeluarkan makanan itu mengerjakan ibadat atau tidak seperti solat terutama kalangan ketua dan pekerja umumnya. Selain itu, tidak mabuk atau berjudi, tidak terlibat dengan pengeluaran makanan yang tidak halal. Kita perlu prihatin dan berusaha mencari maklumat sesuatu produk dan siapa pengeluarnya. Dalam zaman siber kini, maklumat mudah diperoleh daripada pelbagai sumber.

Di Malaysia, kini semakin banyak syarikat yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan produk halal. Salah sebuah syarikat yang menonjol kini ialah HPA (Herba Penawar Al Wahida). Syarikat ini mengutamakan kepentingan halal dan kesihatan pengguna. Keluaran kopi radix, koko radix, herba untuk ubatan pelbagai penyakit semakin mendapat sambutan masyarakat. Keluaran ayam organik, daging lembu dan kambing dapat memenuhi kehendak pengguna yang sangat mementingkan barangan halal untuk kesihatan dan mendapat keredaan Allah.

Namun begitu, kita berharap syarikat pengeluar barangan halal perlu juga menjual pada harga yang pengguna mampu bayar. Saya yakin jika harganya berpatutan masyarakat akan memberi sambutan yang semakin baik termasuk kalangan bukan Islam.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...