Sunday, September 27, 2015

Masalah Penjualan Sate


Penurunan mata wang (RM) memberi kesan pada daging import. Kenaikan harga daging memberi kesan pada jualan sate. Saya sempat berbual dengan penjual sate pada hari ini 27 September 2015. Kebanyakan sate daging lembu menggunakan daging lembu import kerana harga daging tempatan lebih mahal. Harga sekilo daging lembu import jenis batang pinang kini RM19. Sekilo daging dibuat sate menghasilkan RM30. Setiap cucuk dijual dengan dengan harga RM0.70 (sen). Penjual mendapat pendapatan kasar RM11. Hal ini belum diambil kira kos bahan rempah, upah mencucuk sate dan upah pekerja yang membakar sate. Tersangat kecil untungnya. Demi kelangsungan kedai makan, sate sebagai satu pilihan menu di samping makanan lain untuk pelanggan. Saya tidak tahu berapa harga secucuk sate di Kuala Lumpur dan di Kajang. Sudah tersangat lama tak pergi KL dan Kajang.
Seorang rakan menyanggah, ada penjual lain menjual 50 sen satu cucuk sate. Tapi jika dijual dengan harga yang lebih rendah, pembuat sate terpaksa mencampurkan sedikit lemak. Tidak semua pelanggan sedar. Penjual sate yang jujur tak akan mencampurkan lemak dalam penyediaan sate. Selain itu, pembuat sate akan menggunakan daging campuran, maksudnya bukan semua jenis daging batang pinang untuk mengurangkan kos. Kebanyakan pelanggan tak tahu hal itu, yang penting sedap. Tapi tak bagus kerana banyak kandungan lemak.
Pelanggan harus berhati-hati jika harga sate terlalu rendah kerana kandungannya berbeza dan tidak menggunakan daging batang pinang 100%.

Thursday, September 10, 2015

MASAK IKAN SIAKAP

Resipi ciptaan sendiri



Bahannya:
- 1 ekor ikan siakap ( ikan lain pun boleh)
- 2 batang serai
- 3 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 3 cm halia
- 1 helai daun limau purut
- cili padi(ikut pilihan sendiri jika suka).
- daun pisang
- garam secukup rasa
- sayur kangkung ( sayur lain pun boleh)
- 2 biji limau kasturi

Cara memasak:
Bersihkan dan cuci ikan Siakap. Letakkan daun pisang di atas kuali. Letakkan ikan Siakap ke dalam kuali. Potong limau kasturi, ambil airnya dan siramkan pada ikan. Potong serai, bawang merah, bawang putih, halia. Taburkan di atas ikan siakap. Taburkan garam separuh sudu makan atau secukup rasa). Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tutup kuali itu. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur kangkung atau sayur lain ikut pilihan sendiri dan tutup semula kuali kira-kira 3 minit saja. Jangan lama sangat, sayur boleh lecur.
Cadangan , makan bersama nasi, sambal kicap atau sos tomato jika suka. Selamat menjamu selera...

Thursday, January 8, 2015

MELANCONG KE KUNMING, YUNNAN, CHINA

Saya melancong ke Kunming,China pada 22-26 Disember 2014. Ini merupakan lawatan kedua ke China. Lawatan pertama ke Beijing pada tahun 2007. Kunming terletak di dalam wilayah Yunnan di barat daya China. Cuaca sangat sejuk tetapi taklah sesejuk Beijing pada hujung tahun itu. Suhu ketika itu 2 darjah celcius pada selepas tengah malam dan 4 darjah cel pada awal pagi.
Kunming terkenal dengan daya tarikan alam semula jadinya. Pelancong biasanya akan melawat Stone Forest yang banyak batu timbul saiz besar dan kecil.


Saya juga tertarik untuk melawat Western Hill. Ramai pelancong melawat tempat ini. Mereka boleh melihat pemandangan bandar Kunming dari atas tanah tinggi dengan begitu cantik sekali. Untuk sampai ke tempat ini, kita dikehendaki menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusannya. Perjalanan mendaki bukit ini sangat berliku dan agak berbahaya kerana jalan berteres itu di sebelah kiri kita ialah gaung. Di Western Hill Scenic ini kita boleh menaiki cable car dengan merentasi di antara dua puncak tanah tinggi. Setelah sampai di puncak kita akan menuruni tanah tinggi itu yang sangat mencabar. Ada bahagian laluan hanya muat satu orang sahaja. Ada laluan kita terpaksa lalu terowong dan gua.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...