Friday, March 6, 2009

PPSMI dan sunah nabi

Kita akan menyambut maulidur rasul pada Isnin depan 9 Mac 2009. Dalam negara Malaysia pula sedang hangat isu PPSMI(Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris).
Sudah banyak diperkatakan bahawa umat nabi Muhamad s.a.w hendaklah menghayati peribadi dan perjuangan nabi mengembangkan Islam. Sambutan yang hebat diadakan baik di kampung, bandar atau peringkat nasional. Pelbagai jamuan, ceramah dan program lain diadakan. Persoalannya, sejauh mana orang Islam melaksanakan dan menghayati amalan dan peribadi mulia nabi?
Dalam isu PPSMI, sepatutnya pihak berwajib mencontohi cara nabi. Nabi memajukan rakyatnya menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Arab. Walaupun bahasa Yunani dan bahasa lain sudah pun mempunyai tamadun tersendiri, nabi tak gunakan bahasa asing. Kita pasti sumber kemajuan bukan ada pada budaya dan di tanah Arab saja.
Nabi lebih bijak dengan menggunakan bahasa ibunda Arab. Islam juga dapat dikembangkan kepada seluruh dunia Arab. Langkah nabi tak silap. Kemajuan dapat dikembangkan dengan mudah dan meluas.Jika sunah nabi diketepikan, tunggulah akibatnya.
Di negara kita, bahasa Melayu sudah lama digunakan sebelum dan selepas merdeka. Tak ada masalah. Yang jadi masalah sikap orang Melayu yang menganggap orang Melayu tak akan maju tanpa menguasai bahasa Inggeris.
Sungguh menghairankan mereka yang menyokong PPSMI pun bukan mahir sangat bahasa Inggeris, tak pernah ke luar negara dan hanya di Malaysia saja. Terdapat juga yang mahir bahasa Inggeris tapi sangat berbangga lebih Inggeris dari British!
Alasan yang sumber kemajuan dalam bahasa Inggeris pun tak dapat diterima. Saya pun bukan mahir sangat bahasa Inggeris, tapi boleh membina laman web dan blog yang sudah pasti bahasa komputer bahasa Inggeris. Bahan rujukan boleh kita baca. Tak ada masalah.
Apabila melancong ke luar negara saya boleh berkomunikasi dengan penduduk luar dalam bahasa Inggeris. Mereka boleh faham. Di dalam negara, kita bercakap dalam bahasa Melayu kerana bahasa itu lebih difahami rakyat negara ini.
Penguasaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran bahasa Inggeris di Tingkatan 5 sekolah menengah sebagai asas sudah mencukupi. Kita jangan dera pelajar dengan pembelajaran yang keterlaluan atau memaksa mereka. Bahasa Melayu mesti diutamakan sebagai bahasa kebangsaan dan milik semua kaum, kemudian barulah bahasa kedua yang lain.

Wednesday, March 4, 2009

Melayu tak maju jika tak pandai bahasa Inggeris

Apabila memperkatakan PPSMI(Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) kita sebenarnya memikirkan kemajuan bangsa. Bahasa menjadi alat untuk memajukan bangsa. Bahasa menjadi sumber dan laluan untuk menyampaikan ilmu demi kemajuan bangsa. Ada orang berpendapat bahawa bahasa Inggeris saja yang dapat memajukan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu. Apa asasnya?
Katanya, orang Melayu tak maju kerana tak mahir bahasa Inggeris. Bahasa Melayu yang digunakan sejak sebelum dan sesudah merdeka melemahkan kemajuan orang Melayu. Macam mana Melayu nak membangun kalau bercakap Inggeris pun tak pandai? Alasannya sumber ilmu banyak dalam bahasa Inggeris.
Saya bukanlah orang yang mahir bahasa Inggeris. Tetapi kalau berbual dalam bahasa Inggeris orang itu masih faham.
Semasa saya melancong di utara Thailand tahu lalu , saya bertemu dan sempat berbual dengan pelancong dari Britain dan Australia. Dua orang pelancong berbual dengan saya. Percakapan saya boleh mereka faham dan saya juga faham maksud perbualan mereka. Mereka datang ke Thailand antara lain untuk melihat budaya juga tradisi masyarakatnya. Kalau orang Thai macam mereka, tak payahlah mereka datang melancong.
Bahasa bukan menjadi penghalang kemajuan bangsa. Banyak faktor utama, antaranya termasuk masalah sikap orang Melayu yang belum kuat berusaha. Orang yang mahir bahasa Inggeris jika tak berusaha memang tak maju. Dalam sebuah negara atau masyarakat cukup sekadar beberapa orang yang pakar dalam sesuatu bidang termasuk bahasa yang boleh menyampaikan ilmu kepada bangsanya dan difahami masyarakat. Golongan ini hanya perlu 10% saja. Apa saja bidang tak ramai yang benar-benar pakar.
Ingatlah, akar sesuatu bangsa ialah bahasa, budaya dan ilmu.Kalau akar bahasa ditukar atau dicabut oleh bahasa Inggeris, pokok itu lama kelamaan akan mati.

Tuesday, March 3, 2009

Pendirian atas pagar

Kemelut politik di negara ini pada masa ini menonjolkan pelbagai reaksi, pendapat dan pendirian yang berbeza. Seorang rakan memberitahu dia tak mahu mengundi pada masa akan datang kerana kecewa perangai orang politik termasuk pemimpin. Tak kira kerajaan atau pembangkang, apabila dapat kuasa akan berubah dengan mengutamakan diri sendiri.Katanya orang yang dipilih pun tak boleh dipercayai. Dia pun memberi beberapa contoh pemimpin itu. Dia sudah agak bosan dengan situasi masa ini. Begitulah pandangannya berdasarkan laporan akhbar dan tv.
Bagi saya,tidak terkejut mendengar pendiriannya. Itu adalah pendirian orang atas pagar. Dia boleh berubah pada masa tertentu. Kita tak boleh mendapat maklumat daripada tv dan akhbar semata-mata. Saluran melalui internet cukup banyak untuk kita membuat pertimbangan.
Semua orang wajib mengundi setiap kali pilihan raya. Inilah peluang dan ruang untuk kita memilih pemimpin yang kita mahu. Pilihan raya sekali dalam 5 tahun sebenarnya agak lama kerana pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh itu. Kita akan kesal kalau tersalah pilih.
Memilih parti dan pemimpin yang akan menjadi kerajaan sangat penting. Jangan mudah dipengaruhi emosi dan wawasan saja. Apakah perjuangan parti itu berasaskan adil, tidak menindas, dan mengutamakan material saja? Negara tak akan sejahtera kalau aspek pembangunan menjadi keutamaan. Pembangunan memang perlu tapi mesti seimbang dengan kepentingan agama, bahasa dan budaya.
Dalam Islam, kita wajib memilih pemimpin berasaskan keimanan pemimpin, melaksanakan perintah Allah dan seimbang kepentingan dunia dan akhirat.
Persoalan pembangunan seperti jalan raya, sekolah, masjid, bekalan asas dan projek lain memang penting. Semua pemimpin akan buat kemudahan asas itu apabila partinya menjadi kerajaan. Tapi ini bukan aspek utama yang perlu dilihat. Perlu seimbang tentang pendidikan agama dan moral.Kebajikan rakyat diutamakan. Pemimpin yang baik sanggup 'kurang kaya' berbanding rakyat. Pemimpin berakhlak lebih banyak bersama rakyat dan bersama program agama malah tidak sombong termasuk keluarganya. Renungkan.

Sunday, March 1, 2009

Pernah makan katak?

Agak terkejut, loya tekak juga seorang kawan tiba-tiba memberitahu kita sudah makan banyak katak. Bila pula saya makan daging katak? Orang Islam memang haram makan katak dalam keadaan negara yang aman dan makanan banyak.
Diringkaskan, kita makan katak kerana makan sadin dalam tin. Barulah kita tahu antara campuran ikan sadin dalam tin termasuk daging katak, selain ikan sadin dan puri tomato dan entah bahan apa lagi. Katanya, sudah ada kajian, kecuali sadin yang dibuat oleh syarikat orang Islam 100%.
Nampaknya kita kena tipu lagi. Rasa sadin yang sedap dibantu oleh rasa daging katak. Oleh sebab itu lebih baik jangan makan sadin dalam tin. Mereka yang terlibat dalam industri makanan wajar mengeluarkan ikan dalam tin yang betul-betul halal. Ikan keli, ikan patin, baung dan lain-lain sepatutnya boleh dijadikan ikan ditinkan. Misalnya, ikan baung masak tempoyak memang sedap, buatlah dalam tin.
Makanan dalam tin tak dapat dielakkan kerana lauk ini segera disediakan untuk orang yang sibuk dengan pelbagai kerja,dan tak ada masa nak masak.Diharap syarikat HPA dan Al Wahida Marketing segera keluarkan ikan dalam tin untuk makanan halal.Jangan tangguh lagi.Jika tidak, banyak orang Islam makan daging katak!Taubat.

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...