Esok ialah hari Jumaat 27 Feb 2009. Penghulu segala hari bagi umat Islam. Bagi negeri yang Jumaat hari bekerja, masalah yang sering berulang saban minggu ialah kita tergopoh-gapah hendak balik segera untuk pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. Sebagai contoh, banyak sekolah di negeri Johor balik pukul 12.15 tengah hari, malah ada yang 12.20 tengah hari. Bagi pelajar lelaki sempatkah balik rumah, bersihkan diri dan ke masjid?
Jika rumah dekat dengan sekolah atau masjid, tidak ada masalah. Bagi pelajar yang ada kenderaan sendiri,mungkin tak ada masalah. Jika balik dengan menaiki bas awam sempatkah pelajar itu? Kalau tak sembahyang siapa nak tanggung dosa?
Guru dan kakitangan pula bagaimana? Ramai yang memberi alasan masih sempat, boleh singgah mana-mana masjid.Tak perlu balik rumah dulu!
Pembuat dasar di Jabatan,Pejabat Pendidikan adalah orang Islam yang sepatutnya sangat prihatin. Mereka membuat dasar mengikut persepsi sendiri. Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Jabatan, sektor tak ada masalah sebab ada kemudahan kenderaan sendiri. Bagaimana dengan ibu bapa yang anak terpaksa naik bas awam, bas sekolah? Ini yang saya tak faham.
Bagi saya, sesi persekolahan boleh diubah suai, contoh pendekkan 35 minit setiap waktu. Balik pukul 12.00 tengah hari. Saya perlu balik awal, sampai di rumah bersiap dan datang awal ke masjid dengan tenang. Tidak tergopoh-gapah. Solat sunat dan banyak berzikir. Bukan mudah nak jejak hari Jumaat. Hari yang kita tunggu setiap minggu. Kita mahu kualti ibadah pada hari Jumaat tinggi. Penghulu segala hari. Diperhatikan banyak pegawai-pegawai masih berbaju pejabat datang ke masjid. Tak salah, tapi itu sudah dibawa ke tandas dan aktiviti lain semasa bekerja.Pakai songkok hitam yang tak pernah dibasuh sejak beli. Terserahlah pada penilaian sendiri.
Hubungan dengan Allah perlu ditingkatkan kualiti kalau kita mahu prestasi meningkat. Allah yang menentukan, bukan dasar yang kita banggakan.
Alangkah baiknya jika Jumaat hari cuti hujung minggu.
Thursday, February 26, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Di manakah kita berbelanja?
Setiap hujung bulan kakitangan awam mendapat gaji bulanan. Selepas 'cucuk dinding' bagi pengguna ATM mereka biasanya berasa lega kerana penantian sebulan sudah tercapai. Ke mana nak pergi dengan duit itu? Biasanya mereka akan mengunjungi pasar raya yang begitu banyak pada masa ini. Pilih saja. Jika diperhatikan hampir 95% yang berbelanja di pasar raya itu adalah orang Islam khususnya Melayu. Sebahagian besarnya kakitangan kerajaan.Begitu juga restoran makanan segera.
Kenapa pilih pasar raya? Jawapannya mudah; boleh cuci mata, bawa anak-anak sambil jalan-jalan, katanya harga murah, senang parking kereta dan aktiviti window shopping terutama kaum wanita. Itulah alasan klise yang digunakan.
Tanpa sedar pengguna Islam menjadi penyumbang penting kemajuan ekonomi golongan tertentu. Jika pasar raya itu milik pelabur asing, duit itu digunakan untuk membangunkan senjata mereka bagi memusnahkan saudara Islam seperti di Iraq, Palestin, Afghanistan malah tak mustahil aktiviti yang menentang Islam di Malaysia.
Kalau tak beli di pasar raya, nak beli di mana? Mana pasar raya yang orang Islam bina?
Memang sedih, sudah 52 tahun merdeka sepatutnya orang Islam tak kira kaum apa sudah mempunyai pasar raya sehebat Giant, Tesco, Econsave dan sebagainya.Kita sekadar memerhati, mengunjungi pasar raya, membeli, sambil jadikan tempat itu melepak bagi anak muda.Saya difahamkan sebuah pasar raya di Muar, Johor membayar sewa tanah RM50,000 sebulan kepada tuan punya tanah. Itu baru sewa tanah, belum kira keuntungan pasar raya dan tempat lain.
Kita sepatutnya menahan nafsu berbelanja di pasar raya. Kakitangan awam adalah golongan berpendidikan boleh berfikir, lebih baik berbelanja di kedai runcit biasa, pasar tani untuk menolong golongan itu mencari rezeki walaupun mungkin harga mahal sedikit. Kalau peniaga itu Islam, setidak-tidaknya memulakan kerja dengan baca bismillah..., solat, ada mandi wajib, banyak sedekah, derma dan sebagainya. Fikirkan keberkatan, bukan untung semata-mata yang tidak seberapa itu.
Saya belum pernah jumpa ada orang jadi kaya dengan membeli di pasar raya konon harga lebih murah.Yang pasti ratusan ringgit kita curahkan di kaunter pasar raya setiap bulan. Bayangkan duit itu nanti akan menyusahkan anda pada masa lain atau saudara kita. Adakah kita sanggup terima?

Tuesday, February 24, 2009
Perkataan atas dan di atas
Perkataan atas dan di atas sering digunakan secara sewenang-wenang oleh pengguna bahasa Melayu. Perkataan atas merujuk sesuatu yang tidak mempunyai arah atau ruang seperti perkara, peristiwa, bidang,dan sebagainya. Perkataan di atas merujuk sesuatu yang mempunyai arah atau ruang tertentu seperti lokasi dan tempat.
Contoh yang salah:
1. Di atas kesudian tuan merasmikan majlis ini kami mengucapkan terima kasih.
2. Kami memohon maaf di atas ketidakhadiran dalam majlis tersebut semalam.
3. Buku itu terletak atas meja.
Contoh yang betul:
1. Atas kesudian tuan merasmikan majlis ini kami mengucapkan terima kasih.
2. Kami memohon maaf atas ketidakhadiran dalam majlis tersebut semalam.
3. Buku itu terletak di atas meja.

Monday, February 23, 2009
Halalkah yang kita makan?
Masyarakat Islam khususnya orang Melayu masih ramai yang tak ambil peduli makanan yang masuk dalam perut halal ke atau tidak.Apabila melihat ada tanda halal terus beli atau makan tanpa usul periksa. Percaya sangat pada tanda halal. Alasannya sudah ada tanda halal.
Kalau tak halal, itu bukan salah pemakan, tapi salah kerajaan. Mereka berpendapat urusan halal haram kerajaan uruskan. Golongan ini termasuk kalangan ustaz dan ustazah yang ada kelulusan agama. Hairan bin pelik. Mudahnya buat keputusan halal.
Sesiapa juga boleh buat tanda halal, kalau sanggup. Setiap barangan yang kita nak beli perlu diteliti. Syarikat mana, kilang dimana? Bahan apa? Siapa pengeluar? Maklumat ini mudah dicari, sama ada melalui internet atau mereka yang arif tentang sesuatu produk.Jakim,Persatuan Pengguna Islam, dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang boleh membantu untuk dapatkan maklumat. Banyak saluran yang boleh kita gunakan.
Banyak juga syarikat Melayu Islam yang mengeluarkan produk tidak ada kilang sendiri tapi menggunakan kilang bukan Islam.Produk ini pasti meragukan.
Walau bagaimanapun, antara syarikat yang mengeluarkan produk halal dan kilang dimiliki sendiri ialah HPA(Herba Penawar al Wahida) dan agen pemasarannya Al Wahida Marketing. Saya sendiri sudah melawat kilang ini di Perlis, dan Sungai Petani Kedah.
Selain makanan, ubatan dan kosmetik juga dikeluarkan oleh HPA berasaskan herba atau sumber alam.
Makanan perlu halal supaya ibadah kita diterima Allah.

Sunday, February 22, 2009
Al-Quran Mushaf Tajwid

Al-Quran mushaf tajwid memudahkan kita membacanya dengan panduan tajwid yang jelas. Harga RM170 termasuk belanja pos dalam Malaysia. Jika luar Malaysia, bayaran pos akan ditetapkan.Sms kepada 0192716299(Hj.Mohd.Yusof Ngadiman) atau E-mel nama dan alamat anda kepada: http://www.yusofngadiman@yahoo.com
Saturday, February 21, 2009
Melancong ke Beijing, China

Apabila membaca tulisan tentang politik yang hangat sejak akhir-akhir ini; soal derhaka kepada sultan, penyelewengan kuasa, pentadbiran negeri,dan berbagai-bagai lagi hal yang menarik, minda kita kena rehat sekejap dengan melihat perkara lain.Antaranya termasuklah aktiviti melancong di luar negara. Ingin sembang melancong ke China dulu, ada masa nanti cerita negara lain pula.
Sebenarnya saya lebih suka duduk di rumah membaca buku, baca al-Quran dan tafsirnya daripada berjalan-jalan. Mungkin ramai tak percaya, supermarket Giant, Tesco dan lain-lain belum pernah sampai walaupun tak jauh dari rumah. Suasana bising, terlalu ramai orang, berbelanja konon cari barang murah, memang tak minat. Berurusan di luar rumah kerana tugas atau urusan yang perlu saja, masa lain duduk rumah.
Rasa ingin tahu tentang masyarakat, budaya, sejarah dan sebagainya tak dapat elak, kena melancong. Misalnya, saya suka meneliti pelbagai makanan tradisi masyarakat Sabah semasa berkunjung di pasar Filipino, Kota Kinabalu. Begitu juga barangan antik atau tradisi kaum di Sarawak di deretan gerai tepi Sungai Sarawak.Kita tangguhkan perkara ini dulu.
Saya melancong ke China pada 17-21 Dis 2007 bersama Utas Travel. Kami bertolak dari KLIA pukul 12.30 malam dengan flight MAS dan sampai di bandar raya Beijing pukul 6.30pagi.Waktu Beijing sama dengan Malaysia.Suhu waktu hujung tahun sangat sejuk, 5 darjah celcius. Salji sudah turun. Banyak pelancong asing di Beijing.
Pemandu pelancong bernama Anwar beragama Islam, warga China(tak ingat nama Cinanya). China mempunyai penduduk 1.5 bilion. Penduduk Islamnya lebih ramai. Anwar pandai berbahasa Melayu, lancar, tahu peribahasa, pantun. Dia mengambil pengajian bahasa Melayu di universiti Beijing. Tapi sebutan bahasa Cina tak macam Cina Malaysia, berunsur bahasa Rusia. Mungkin Beijing dekat tanah besar Rusia, pengaruh bahasa tak dapat dielakkan.
Acara harian yang diatur sangat padat. Pagi keluar hotel, malam balik semula hotel. Tempat yang menarik minat saya ialah medan Tienanmen, tempat berlangsung pelbagai acara negara China. Sangat luas. Medan ini dikawal tentera sepanjang masa.
Kami dibawa ke istana lama maharaja dikenali sebagai Probiden City. Luasnya lebih kurang 4 km persegi. Istana ini menempat 3,000 gundek dan ribuan bilik. Berjalan 1/2 km pun dah penat. Keliling istana ada sungai yang lebar.Air sungai beku. Istana dan sungai digali dengan tenaga manusia. Bayangkan betapa sukar dan lama nak siapkan.
Kami juga dibawa ke Summer Palace(istana musim panas) yang mempunyai tasik sangat luas. Tapi waktu itu air tasik beku. Boleh jalan-jalan atasnya. Kata pemandu pelancong, istana dan tasik dibina dengan tenaga manusia.Tanpa jentera.
Satu lagi tempat menarik ialah kubu bawah tanah dibina penghujung tahun 1960an semasa China berkrisis(perang dingin) dengan Barat. Jumlah panjang kubu berterowong itu 5,000 km, boleh menghubungi tempat strategik di Beijing dan tempat lain. Juga digali guna tenaga manusia.Lebih kurang ukurannya lebar 3 meter dan tinggi 4 meter, boleh muat sebuah kereta untuk lalui.Di dalamnya ada kedai kain sutera,cenderamata, nak main badminton pun boleh dan macam-macam ada. Hebat.Macam tak percaya, tapi begitulah.
Tempat lain ialah tempat beli-belah. kilang Sutera,jade, kristal, manik, kain,teh dan sebagainya. Saya tak minat nak cerita.Batu jade kalau silap pemikiran,iktikad boleh syirik, kalau percaya membawa tuah dan nasib. Orang perempuan memang seronok shopping.
Kami juga dibawa ke Tembok Besar(Great wall).Panjangnya 6,000km. Dibina merentasi gunung-ganang. Saya hanya mampu naik 2 stage saja.Ditambah tiupan angin kuat, sejuk dan bersalji. Memang hebat. Katanya berjuta mati orang yang membinanya.
Kami melawat masjid tertua,berusia lebih 1,000 tahun- masjid Nuiju.Pandangan luar kita lihat macam bangunan tokong, tetapi masjid. Dapat kita lihat, Islam diterima dan dianuti di China. Budaya dan tradisi yang tidak bertentangan dengan Islam dikekalkan termasuk tulisan Cina. Pelancong asing termasuk saya nak lihat nilai dan tradisi mereka. Saya fikir orang Barat pun nak lihat unsur tersebut. Kalau mereka ambil budaya Barat, tak perlulah orang Barat bersusah-susah datang ke China.Berbeza dengan Malaysia, orang Melayu tinggalkan tulisan jawi dan pinggirkan bahasa Melayu.
Bandar raya Beijing sangat kurang motorsikal, saya nampak tiga buah. Tak nampak merempit. Mungkin digunakan pegawai bandar raya.Penguatkuasa naik basikal. Basikal dan kereta cukup banyak. Bas dalam bandar menggunakan tenaga elektrik.Kurang pencemaran. Kata Anwar(pemandu pelancong), anjing sangat kurang. Anjing bersiar-siar bersama tuannya diikat pada tali.Bawa beg plastik kalau berak, tuannya pungut sendiri. Mesti ikut jadual bawa anjing, jika tidak, kena saman.
Waktu malam suhu jatuh sampai minus(- 5 darjah celcius).Sangat sejuk.Terpaksa pakai baju tebal dan sarung tangan.
Makanan tak ada masalah, banyak restoran Islam. Masakannya sedap. Sekali makan ada 8 jenis sayur.Lauk juga banyak.
Enam hari berada di Beijing, banyak cerita yang nak diceritakan. Tapi itulah yang dapat dipaparkan.
Friday, February 20, 2009
Kenapa orang Melayu tak suka bahasa Melayu ?
Saya tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah belajar bahasa Melayu di sekolah rendah.Bahasa Melayu ialah bahasa kedua saya kerana bahasa pertama bahasa Jawa(Melayu keturunan Jawa). Rakan-rakan sering mengejek sebab tidak menguasai bahasa Melayu. Dari semasa ke semasa saya belajar bahasa Melayu dan cuba menguasai bahasa Melayu hingga mendapat keputusan cemerlang pada peringkat SPM. Keinginan menguasai bahasa Melayu diteruskan hingga peringkat Bacelor(Sarjana Muda), kemudian Sarjana (master).
Pada pengamatan saya, orang Melayu sebenarnya kurang menguasai bahasanya. Mereka boleh bercakap, tetapi banyak kesalahan bahasa yang dilakukan. Mereka yang benar-benar mahir tidak ramai walaupun mengaku diri orang Melayu.
Tenaga pengajar bahasa Melayu tulen di pusat pengajian tinggi pun masih didominasi oleh bukan penutur jati bahasa Melayu termasuk bukan Melayu. Kenapa terjadi demikian? Jawapannya mudah, orang Melayu tak suka bahasanya.
Dalam kalangan golongan menengah dan elit Melayu, mereka lebih senang bercakap bahasa Inggeris dengan anak-anak, adik-beradik, rakan atau orang lain. Nampak kekampungan kalau menggunakan bahasa Melayu. Sesetengahnya sekadar bahasa campur aduk Melayu-Inggeris. Golongan ini tak mesti cemerlang dalam pendidikan atau kerjaya. Ada yang belum pernah keluar negara atau naik kapal terbang tetapi sikap lebih Inggeris dari orang Inggeris. Sikap dan ukuran mereka, apa saja yang datang dari Barat semua bagus dan standard. Inilah penyakit orang Melayu!
Saya semakin kuat mencintai bahasa Melayu. Bahasa yang sudah menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia semakin di pinggir secara halus oleh orang Melayu sendiri, konon atas sebab membangunkan orang Melayu. Memang sedih.
Semasa melancong ke China dan utara Thailand, saya dapati rakyatnya mengekalkan budaya dan tradisi yang sangat hebat termasuk hal bahasa. Pelancong pun ramai. Saya tidak nampak pun negara itu makin miskin. China semakin maju dari segi pembangunan.Begitu juga Thailand yang kaya dengan kemajuan pertanian dan industri. Rakyatnya tak hebat penguasaan bahasa Inggeris berbanding Malaysia. Negara itu tetap dan terus membangun. Mereka tak pinggirkan nilai tradisi. Kita di Malaysia, sepatutnya orang Melayu menunjukkan contoh yang terbaik.Sayangilah bahasa Melayu, bahasa kebangsaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...
-
Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bu...