Wednesday, March 4, 2009

Melayu tak maju jika tak pandai bahasa Inggeris

Apabila memperkatakan PPSMI(Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) kita sebenarnya memikirkan kemajuan bangsa. Bahasa menjadi alat untuk memajukan bangsa. Bahasa menjadi sumber dan laluan untuk menyampaikan ilmu demi kemajuan bangsa. Ada orang berpendapat bahawa bahasa Inggeris saja yang dapat memajukan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu. Apa asasnya?
Katanya, orang Melayu tak maju kerana tak mahir bahasa Inggeris. Bahasa Melayu yang digunakan sejak sebelum dan sesudah merdeka melemahkan kemajuan orang Melayu. Macam mana Melayu nak membangun kalau bercakap Inggeris pun tak pandai? Alasannya sumber ilmu banyak dalam bahasa Inggeris.
Saya bukanlah orang yang mahir bahasa Inggeris. Tetapi kalau berbual dalam bahasa Inggeris orang itu masih faham.
Semasa saya melancong di utara Thailand tahu lalu , saya bertemu dan sempat berbual dengan pelancong dari Britain dan Australia. Dua orang pelancong berbual dengan saya. Percakapan saya boleh mereka faham dan saya juga faham maksud perbualan mereka. Mereka datang ke Thailand antara lain untuk melihat budaya juga tradisi masyarakatnya. Kalau orang Thai macam mereka, tak payahlah mereka datang melancong.
Bahasa bukan menjadi penghalang kemajuan bangsa. Banyak faktor utama, antaranya termasuk masalah sikap orang Melayu yang belum kuat berusaha. Orang yang mahir bahasa Inggeris jika tak berusaha memang tak maju. Dalam sebuah negara atau masyarakat cukup sekadar beberapa orang yang pakar dalam sesuatu bidang termasuk bahasa yang boleh menyampaikan ilmu kepada bangsanya dan difahami masyarakat. Golongan ini hanya perlu 10% saja. Apa saja bidang tak ramai yang benar-benar pakar.
Ingatlah, akar sesuatu bangsa ialah bahasa, budaya dan ilmu.Kalau akar bahasa ditukar atau dicabut oleh bahasa Inggeris, pokok itu lama kelamaan akan mati.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...