Tuesday, March 3, 2009

Pendirian atas pagar

Kemelut politik di negara ini pada masa ini menonjolkan pelbagai reaksi, pendapat dan pendirian yang berbeza. Seorang rakan memberitahu dia tak mahu mengundi pada masa akan datang kerana kecewa perangai orang politik termasuk pemimpin. Tak kira kerajaan atau pembangkang, apabila dapat kuasa akan berubah dengan mengutamakan diri sendiri.Katanya orang yang dipilih pun tak boleh dipercayai. Dia pun memberi beberapa contoh pemimpin itu. Dia sudah agak bosan dengan situasi masa ini. Begitulah pandangannya berdasarkan laporan akhbar dan tv.
Bagi saya,tidak terkejut mendengar pendiriannya. Itu adalah pendirian orang atas pagar. Dia boleh berubah pada masa tertentu. Kita tak boleh mendapat maklumat daripada tv dan akhbar semata-mata. Saluran melalui internet cukup banyak untuk kita membuat pertimbangan.
Semua orang wajib mengundi setiap kali pilihan raya. Inilah peluang dan ruang untuk kita memilih pemimpin yang kita mahu. Pilihan raya sekali dalam 5 tahun sebenarnya agak lama kerana pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh itu. Kita akan kesal kalau tersalah pilih.
Memilih parti dan pemimpin yang akan menjadi kerajaan sangat penting. Jangan mudah dipengaruhi emosi dan wawasan saja. Apakah perjuangan parti itu berasaskan adil, tidak menindas, dan mengutamakan material saja? Negara tak akan sejahtera kalau aspek pembangunan menjadi keutamaan. Pembangunan memang perlu tapi mesti seimbang dengan kepentingan agama, bahasa dan budaya.
Dalam Islam, kita wajib memilih pemimpin berasaskan keimanan pemimpin, melaksanakan perintah Allah dan seimbang kepentingan dunia dan akhirat.
Persoalan pembangunan seperti jalan raya, sekolah, masjid, bekalan asas dan projek lain memang penting. Semua pemimpin akan buat kemudahan asas itu apabila partinya menjadi kerajaan. Tapi ini bukan aspek utama yang perlu dilihat. Perlu seimbang tentang pendidikan agama dan moral.Kebajikan rakyat diutamakan. Pemimpin yang baik sanggup 'kurang kaya' berbanding rakyat. Pemimpin berakhlak lebih banyak bersama rakyat dan bersama program agama malah tidak sombong termasuk keluarganya. Renungkan.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...