Thursday, January 29, 2009

Akibat ambil makanan haram

Malam tadi (Rabu malam Khamis 28 Jan 2009) Kuliah Perubatan Jawi diadakan di Hotel King, Air Keroh, Melaka.Lebih 200 orang hadir. Antara lain Pengarah Urusan HPA Tn.Hj.Ismail Ahmad menjelaskan akibat seseorang mengambil makanan haram.
1. Orang itu kurang mendapat petunjuk daripada Allah.
2.Terhijab daripada mengenali kebenaran.
3.Hati menjadi rosak dan keras.
4.Doa tidak dimakbulkan oleh Allah.
5.Tidak mendapat keberkatan pada rezeki dan umur.
6.Terhalang daripada mendapat ilmu.
7.Resah dan tidak tenteram.
8.Malas membaca Quran, solat dan ibadat yang lain.
Sumber:Kitab al-Fawaid oleh Al Allamah Ibnul Qayyim Al Jawziyah.
Produk dan makanan halal sepatutnya:
1. Sumbernya halal dan suci
2.Tidak membahayakan kesihatan
3.Dikeluarkan oleh orang Islam kecuali sumber yang orang Islam tidak dapat hasilkan lagi
4.Bukan hasil curi
5.Tidak ada unsur riba
6.Pengeluarnya tidak membantu pergerakan atau aktiviti menentang Islam, menghancurkan Islam.
7. Faktor lain yang boleh dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...