Sunday, January 25, 2009

Produk halal sangat penting

Rakyat Malaysia terutama umat Islam perlu makan produk halal. Produk halal bukan bermaksud produk itu tidak ada mengandungi bahan daripada haiwan yang diharamkan dalam Islam iaitu babi(khinzir), anjing dan sebagainya sahaja. Pengertian halal sangat luas. Hal ini termasuk sumber makanan itu halal mengikut hukum Islam. Jika sumber daripada haiwan, kita hendaklah memastikan haiwan itu disembelih cara Islam dan penyembelih mestilah orang Islam.

Kita perlu berhati-hati apabila memilih makanan untuk diri dan keluarga. Fikirkanlah orang yang mengeluarkan makanan itu mengerjakan ibadat atau tidak seperti solat terutama kalangan ketua dan pekerja umumnya. Selain itu, tidak mabuk atau berjudi, tidak terlibat dengan pengeluaran makanan yang tidak halal. Kita perlu prihatin dan berusaha mencari maklumat sesuatu produk dan siapa pengeluarnya. Dalam zaman siber kini, maklumat mudah diperoleh daripada pelbagai sumber.

Di Malaysia, kini semakin banyak syarikat yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan produk halal. Salah sebuah syarikat yang menonjol kini ialah HPA (Herba Penawar Al Wahida). Syarikat ini mengutamakan kepentingan halal dan kesihatan pengguna. Keluaran kopi radix, koko radix, herba untuk ubatan pelbagai penyakit semakin mendapat sambutan masyarakat. Keluaran ayam organik, daging lembu dan kambing dapat memenuhi kehendak pengguna yang sangat mementingkan barangan halal untuk kesihatan dan mendapat keredaan Allah.

Namun begitu, kita berharap syarikat pengeluar barangan halal perlu juga menjual pada harga yang pengguna mampu bayar. Saya yakin jika harganya berpatutan masyarakat akan memberi sambutan yang semakin baik termasuk kalangan bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...