Tuesday, January 27, 2009

RAGAM AYAT

Dalam bahasa Melayu terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata, tanya, seruan dan perintah.
Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja, kedudukan objek, subjek, peredikat dan struktur ayat.
Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan.Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.
Contoh:
1. Mereka sedang membaca buku.(aktif transitif)
2. Kami sedang berbua-bual di anjung rumah.(aktif tak transitif)
Dalam ayat 1, mereka merupakah subjek yang diutamakan, kata kerja membaca diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut.
Dalam ayat 2, kami diutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumah hanyalah frasa keterangan tempat dan bukan objek.

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.
Contoh:
1. Buku itu saya baca.
2. Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Intan.

Dalam ayat 1, Buku itu ialah subjek dan saya baca ialah predikat.
Dalam ayat 2, Panggilan telefon ialah subjek, dan telah dijawab oleh Puan Intan ialah predikat.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...