Saturday, March 21, 2009

Orang kita nak cari apa?

Perjalanan menggunakan lebuh raya pada masa ini tidak menjanjikan suatu perjalanan yang lancar, bergantung pada keadaan dan situasi. Saya sengaja memilih hari bekerja untuk ke utara(Perak)atas urusan keluarga.Menginap satu malam sahaja. Setiap kali berehat di hentian begitu ramai orang, nak letak kereta pun kadang kala ambil masa. Kelihatan ramai orang Melayu, hanya satu atau dua keluarga India dan Cina di celah-celah ratusan orang Melayu.
Orang Melayu nak cari apa agaknya? Mungkin cuti sekolah ambil peluang melancong atau jalan-jalan saja. Mungkin juga seperti saya ada urusan keluarga. Yang pasti, peluang memiliki kenderaan sendiri membolehkan orang bergerak dengan mudah. Ramai yang makan gaji ditambah musim cuti sekolah, mereka membawa anak melancong. Sudah tentu mereka ada wang untuk dibelanjakan.
Bimbang juga apabila difikirkan adakah mereka benar-benar perlu melancong atau jalan-jalan berbanding aktiviti lain. Masyarakat Cina lebih banyak berniaga. Sebab itu sukar mereka hendak berjalan-jalan meninggalkan perniagaan.
Kalau orang Melayu ramai berniaga dan tak melancong atau berjalan-jalan, siapa pula nak penuhkan lebuh raya? Siapa nak jadi pembeli? Adakah orang Melayu jadi pengguna dan pembeli sahaja? Fikirlah...

* * *

Singgah sekejap di Bandar Baru Bangi, masuk ke UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)untuk solat Jumaat. Rasanya sudah 10 tahun tak solat di masjid UKM khususnya sesudah tamat pengajian sarjana di situ. Tak seperti dulu. Silingnya sudah banyak yang berlubang. Keadaan masjid kurang ceria. Khatib yang membaca khutbah tak seperti dahulu. Temanya bagus tentang dakwah. Cuma pendekatan dan penyampaian kurang penghayatan. Tak berapa menusuk pada jiwa kita. Memang tak macam dulu.Adakah UKM sudah ketandusan khatib? Itu sahajakah stok yang ada, yang lain tak lulus tapisan? Kupasan khutbah perlulah menarik jemaah. Suara dan nada khatib juga penting. Pada jemaah kini mungkin sesuai, atau saya yang sudah ketinggalan trend cara berkhutbah di masjid UKM?

1 comment:

  1. Salam.
    Saya sebenarnya seronok kerana saudara seorang pemerhati yang baik. Saya pun berfikir demikian kerana saya pun selalu turun naik ke Serdang. Pada saya keadaan ini adalah disebabkan oleh budaya orang Melayu yang suka bersantai. Kelemahan minda, atau lebih senang kita memang telah dididik sejak kecil untuk berperlakuan seperti it.

    Saya nak cakap pun kadang-kadang takut, tapi saya berpendapat orang kita menggunakan agama untuk melunaskan tahap kemalasan mereka. Mereka menggunakan pendapat sempit mereka tentang agama untuk melampiaskan nafsu kemalasan mereka. Sedangkan kita tahu agama Islam yang kita anuti selama ini adalah agama yang syumul dan agama yang mementingkan sifat kerajinan, dan kecemerlangan.

    Kalau kita lihat cara hidup kita bermula daripada kanak-kanak, remaja, dewasa kemudian berkahwin, selepas berkahwin kita ingin menjadi isteri dan suami mithali, kalau ada kemampuan kita pergi menunaikan fardhu haji. Masa itu umur kita telah menjangkau 50 - 60 tahun. Kita perlu bersiap-siap membuat amal ibadat untuk bekalan di syurga kelak.

    Perasan atau tidak, apakah sumbangan kita fardhu kifayah kita. Kalau kita pendidik, atau ilmuan, apakah sumbangan kita sama ada dalam bentuk kajian, tulisan untuk kita wariskan kepada generasi selepas kita.

    ReplyDelete

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...