Saturday, February 7, 2009

Islam dalam masyarakat majmuk

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai budaya dan anutan agama yang pelbagai. Islam sebagai agama rasmi tidak harus dilihat sebagai agama untuk orang Melayu sahaja. Islam merupakan agama untuk semua bangsa tanpa mengira keturunan, bahasa dan warna kulit. Ajaran Islam sesuai untuk semua manusia. Sebab itu tidak ada orang bukan Islam yang tertindas di negara yang rakyatnya ramai Islam, banyak sumber ekonomi dan lebih tenteram. Kita sangat berharap Islam dan Melayu perlu dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Melayu merupakan bangsa dan Islam pula satu agama. Oleh itu, segala perbuatan orang Melayu tidak semestinya memberi gambaran ajaran Islam.

Amalan kurang sihat yang dilakukan oleh orang Melayu tidak boleh dianggap ajaran Islam. Penyalahgunaan dadah, rasuah, gejala sosial dalam kalangan remaja seperti merempit dan sebagainya amat dilarang tetapi jelas dilakukan oleh sesetengah orang Melayu.

Orang Melayu sepatutnya mempamerkan akhlak yang baik sebagaimana tuntutan ajaran Islam. Mereka juga perlu menunjukkan bekerja dan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang yang diceburi. Begitu juga dalam berpolitik dan pentadbiran.

Dalam hal ini, perpaduan dalam masyarakat Melayu sangat penting untuk dicontohi oleh kaum lain. Jalan dan laluan untuk bersatu padu bukan menggunakan hiburan. Penonjolan hiburan melalui media akan melemahkan semangat perpaduan. Sebaliknya, Islam mesti dijadikan landasan untuk bersatu padu. Tidak kira apa aktiviti yang kita lakukan, landasannya hanya Islam yang menjadi pemacu untuk bersatu dan berjaya.

Begitu juga dalam situasi politik pada masa ini terutama bagi parti yang mahu berkuasa dan memerintah. Parti politik hanya saluran untuk mendapatkan kuasa memerintah. Pada hari akhirat kelak, kita tidak dinilai parti apa yang diikuti. Oleh sebab itu, apa saja perbuatan kita perlu bersandar pada ajaran Allah. Niat kita untuk mendapat keredaan-Nya. Adakah ada antara kita sudah tidak takut pembalasan oleh Allah? Tanya diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...