Tuesday, February 3, 2009

Analisis ayat

Menganalisis ayat Bahasa Melayu SPM


Maklumat asas

Dalam peperiksaan, anda dikehendaki supaya menganalisis ayat mengikut pola ayat, bahagian ayat, jenis ayat, frasa, dan golongan kata yang digunakan.

Strategi menjawab soalan

Menentukan pola ayat dasar
Baca arahan soalan dengan teliti.
Pastikan anda dapat mengenal pasti pola ayat dasar bagi ayat yang diberi.
Anda tidak perlu mengubah ayat sama ada maksud atau strukturnya.
Tuliskan pola ayat dasar mengikut nombor soalan.
Anda tidak perlu menyalin ayat daripada soalan, kecuali terdapat arahan yang meminta anda menyalin semula.

Contoh soalan dan jawapan

Nyatakan pola ayat dasar bagi ayat-ayat yang di bawah ini.
Nelayan itu dapat menangkap lapan kilo ikan bawal.
Rakyat cinta akan negara ini yang maju dan aman.
Anak Pak Rahmat guru.
Kawasan sekolah ini sungguh cantik.

Contoh jawapan pelajar

Frasa nama - Nelayan itu
Frasa kerja – dapat menangkap lapan kilo ikan bawal.
dapat menangkap lapan kilo ikan bawal.

Rakyat cinta akan negara ini yang maju dan aman.
Anak Pak Rahmat guru.
Kawasan sekolah ini sungguh cantik.


Mengenal Pasti Jenis Ayat

Baca ayat-ayat di bawah dan klasifikasikan ayat-ayat tersebut mengikut jenis-jenis ayat dalam Bahasa Melayu

(a) Mesyuarat itu telah ditunda ke minggu hadapan.
(b) Nyahlah, kau dari sini!
(c) Jemputlah minum, jangan segan-segan.
(d) Ke mana pulak hilangnya lembu yang ditambat di sini?
(e) Jangan berlari di kawasan ini.

Binaan ayat dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada subjek dan predikat. Kenal pasti bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah ini.

(a) Ali membaca buku yang dipinjam daripada kawannya.
(b) Ruang tamu itu berselerak dengan barang permainan.
(c) Para pelajar sedang beratur di tapak perhimpunan itu.
(d) Rumah usang itu telah dirobohkan semalam.
(e) Kucing kesayangan adik telah mati dilanggar kereta.

Nyatakan jenis ayat perintah bagi setiap ayat di bawah.

(i) “ Sila duduk dan tunggu sehingga nama anda dipanggil,” kata jururawat itu.
(ii) Jangan biarkan masa yang berharga itu berlalu begitu sahaja,” nasihat Puan Lin.
(iii) “Tolong simpan duit baki awak di dalam tabung yang dibeli oleh ayah semalam,” pesan emak kepada adik.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...