Tuesday, May 30, 2017

Yang tersurat dan tersirat dalam ekonomi Malaysia

Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).

Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.

Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan (Datuk Seri) Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.

Kedua, kerajaan sendiri tidak ada duit. Walaupun Najib memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan kadar pelbagai cukai, yuran dan tol serta memotong peruntukan pembangunan, kedudukan kewangan kerajaan dan negara masih lemah.

Disebabkan kekurangan wang dan kejatuhan keuntungan, banyak syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) terpaksa menjual harta mereka di dalam dan luar negara.

Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari negara China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita.

Secara tersirat ekonomi kita, walaupun berkembang pada kadar yang agak tinggi, sedang mengalami masalah sistemik (wabak) yang semakin teruk – kadar tukaran ringgit lemah, harga barang dan perkhidmatan naik, kadar inflasi makin tinggi, hutang kerajaan dan isi rumah melambung, pengangguran meningkat dan gaji membeku.

Jadi apalah sangat kerajaan membenarkan Proton dijual kepada China kalau masalah ekonomi negara dan kewangan kerajaan lebih buruk daripada itu?
(Sumber: Daripada sedutan blog Datuk Abd Kadir Jasin 25/5/17)

Ulasan:
Rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu peka dengan suasana ekonomi pada masa ini. Kesannya dirasai pada masa akan datang kerana orang Melayu banyak yang makan gaji dengan kerajaan mahupun swasta.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...