Saturday, August 28, 2010

SANTAI DULU

Hidup di dunia ini perlu santai. Tak perlu risau sangat atau sentiasa memikirkan apa akan berlaku macam orang politik berfikir. Apabila kita santai, kita akan berasa tenang, dan aman damai.
Manusia biasanya tak akan duduk diam, akan buat sesuatu. Hal itu tak salah. Yang jadi masalah biasanya sesuatu perbuatan akan menyusahkan orang lain. Jika perlakuan itu tidak menyusahkan orang lain, teruskanlah.
Dalam keadaan santai kita dapat bertenang sambil melihat alam sekeliling tentang kebesaran Tuhan. Kita terasa kecil dan lemah berbanding kuasa-Nya.
Manusia tidak duduk diam, akan menjadi rakus seolah-olah dunia ini dia punya. Lihat pada pemimpin jika dia berkuasa, negara kuasa besar atau kumpulan yang rasa mereka hebat.
Santai bukan bermaksud kita tak perlu usaha dan duduk rehat saja. Kita berusaha mengikut kemampuan, tak susahkan orang lain. Hasilnya memberi manfaat kepada diri dan pihak lain. Lihat pada pekebun atau petani yang bercucuk tanam, hasilnya bukan saja dimakan manusia tetapi juga haiwan. Makmurkan bumi ini.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Maaf terlambat memberi respon terhadap komentar sdr pada blog saya (DesaKota). Tentang bahasa Melayu memang masih bermasalah , terutama dalam pelaksanaannya di institusi pendidikan menengah dan tinggi.Tokoh-tokoh korporat dan pemimpin kerajaan juga masih ramai tak menghormati penggunaannya.Inilah sifat kemerdekaan bangsa kita yang baru saja meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-53. Kerajaan tidak mempunyai pandangan yang jelas terhadap arah kebudayaan; dan tak mempunyai keazaman politik untuk memperhebat penggunaan bahasa kebangsaan kerana jiwa dan mental pemimpin masih dibayangi oleh kemodenan yang berlandaskan nilai-nilai kebendaan dan pembaratan.Soal akhlak, kebanggaan budaya dan warisan bangsa tidak difikirkan secara mendalam oleh kerana pemimpin yang berkuasa sangat sibuk bergiat untuk mempertahankan kedudukan politik diri dan parti. Tegasnya perjuangan memuliakan bahasa dari aspek status dan amalannya masih panjang dan jauh. Membaca paparan blog sdr saya berasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan.

    ReplyDelete
  2. Salam....
    Dulu nk beli bahan mentah baik ikan ke daging ker maupun sayur2an main belasah jer...tp sejak akhir2 ni banyak sgt berita2 yg mencurigakan.Tapi pepa pun kita harus ada sedikit perasaan mcm tu...sbb apa yg kita mkn,ank kita mkn,keluarga kita mkn akan jadi darah daging dan yg akan membentuk keperibadian kita.Bagi org muslim itu amat penting sebagaimana yg dituntut oleh syarak..xleh main bedal jer..sekurang2nya kita kena fikir apa yg kita mkn,dari mn dia datang,mcn mnkah penyediaannya...adakah ianya mengikut syarak...sebenarnya makanan dlm negara kita sendiri pun banyak makanan yg was2..walaupun ia dilebel halal tp banyak yg tipu..kalau yg import tu xyah ckpla sumbernya langsung kita x tahu...espeacially product2 dari negara2 seperti China,Thailand,singapore dan banyak lg.
    Makanan segar cthnya tadi ayam dah process kalau rasa was2 dgn pembekal dan cara penyembelihanya, eloklah dibeli pada pembekal2 ayam hidup yg diprosess disitu.Sekuran2nya lega juga hati kita drp membeli kat pasar2 atau pasaraya yg besar yg cara menyembelihan pemprosesan yg meragukan.Saya rasa itulah pilihan yg tepat..pape pun bak kata pepatah tepuk dada tanyalah minda..heheheh

    ReplyDelete

Peribahasa yang dipertikaikan

Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...