Kompleks membeli-belah atau kompleks beli-belah?
Frasa nama kompleks membeli-belah bermaksud kompleks yang melakukan kerja membeli-belah, sedangkan maksud sebenarnya ialah :
tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah. Bentuk yang betul ialah kompleks beli-belah. Contoh lain:
1. medan letak kereta, bukan medan meletak kereta
Walau bagaimanapun, pusat memancing dianggap betul kerana tempat untuk melakukan kerja memancing ikan dan sebagainya. Pusat pancing pula bermaksud tempat jualan alat pancing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...
-
Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bu...
Asalamualaikum. Apa yang tuan bicarakan itu betul.
ReplyDelete* pusat membeli-belah
pusat beli-belah
* pusat memancing
pusat pancing
* medan meletak kereta
medan letak kereta
Frasa yang bertanda * memang salah dan tidak gramatis. Tetapi frasa ini boleh jadi betul kalau perkataan pusat dan medan itu bertaraf sebagai KN yang berperanan agentif.
Perkataan membeli-belah, memancing dan meletak sebenarnya adalah kata kerja (KK) yang bersifat kausatif. KK ini memerlukan penyambut kalau KK adalah KKtr.
Pusat memancing pun sebenarnya salah dan tidak gramatis, kecuali kita anggap frasa pusat memancing sebagai kata nama khas.
Asalamualaikum. Apa yang tuan bicarakan itu betul.
ReplyDelete* pusat membeli-belah
pusat beli-belah
* pusat memancing
pusat pancing
* medan meletak kereta
medan letak kereta
Ungkapan yang bertanda * memang salah dan tidak gramatis. Walau bagaimanapun ungkapan ini boleh jadi betul jika kata pusat, dan medan berperanan sebagai kata nama (KN) yang berperanan agentif atau pelaku. Kata membeli, memancing dan meletak adalah kata kerja (KK) yang bersifat kausatif iaitu KK yang memerlukan penyambut jika KK ini adalah KKtr.
Walau bagaimanapun ungkapan pusat memancing tetap salah kecuali kita anggap perkataan ini sebagai kata nama khas dan perlu dimulai dengan huruf besar ketika menulisnya.