Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Sunday, November 11, 2012
Hudud dan kebebasan beragama
Semua orang ingin hidup senang dan kalau boleh nak kaya raya. Sebab itu ramai orang membincangkan persoalan kemajuan. Ramai orang bercakap kepentingan kemajuan dan pembangunan terutama kebendaan atau materialistik. Pemimpin kerajaan menguar-uarkan peranan kerajaan membangunkan negara selama 55 tahun lalu. Pembangunan yang ada sekarang, katanya hasil usaha kerajaan yang memerintah.
Petani,pekebun dan nelayan diberikan bantuan dan prasana untuk memajukan mereka dan sekali gus meningkatkan pendapatan. Mereka diseru dan dikempen meninggalkan kaedah lama dan melakukan perubahan sebagai petani, pekebun dan nelayan.
Penjawat awam juga diseru meningkatkan tahap profesionalisme dan keberhasilan masing-masing supaya negara dapat meningkatkan kemajuan. Sektor swasta diseru supaya memainkan peranan dalam membangunkan negara.
Pendek kata, semua orang berminat dan memperkatakan pembangunan dan kemajuan, tetapi fokusnya materialistik. Penekanan pada pembangunan iman sangat kurang. Lihat saja program tv dan media cetak, kejayaan seseorang tokoh dipaparkan berhari-hari dengan pelbagai teknik yang menarik. Sebagai contoh, kejayaan ahli sukan digambarkan sebagai wira negara. Sambutan yang hebat, ganjaran wang dan material yang sangat lumayan diutamakan. Hiburan yang dipaparkan di tv juga sangat berlebih-lebihan malah tidak menampakkan usaha untuk meningkatkan iman penonton yang beragama Islam. Kehidupan artis digambarkan begitu hebat. Penonjolan material sangat ketara melebihi langkah mendekatkan diri kepada Allah. Membuka aurat, majlis perkahwinan malah pertunangan yang glamour memakan belanja puluhan ribu dan sebagainya, ditonjolkan begitu hebat. Adakah ini yang manusia muslim cari?
Kehidupan manusia jika inginkan kesejahteraan dan mendapat keberkatan daripada Allah mesti dikawal oleh syariah Islam. Jika perkara ini dipandang ringan apatah lagi dipermainkan, saya percaya Allah akan memberikan balasan yang manusia tak menyangka akan berlaku sesuatu. Sebagai contoh, hukum hudud dan soal kebebasan beragama. Kedua-dua perkara ini ada dalam al-Quran dan umat Islam tidak perlu mempertikaikan lagi.
Manusia diberikan kebebasan beragama, tetapi apabila mereka muslim atau sesudah memeluk Islam, mereka terikat dengan syariat Islam. Mereka wajib taat perintah Allah tanpa ragu-ragu. Mereka sudah tak bebas berbanding dengan orang yang belum Islam. Maksud tak bebas ialah mereka kena patuh perintah Allah, melakukan sunah nabi dan menjadi orang yang bertakwa. Sebagai analogi, orang tidak terikat dengan peraturan jalan raya. Tetapi apabila mereka memandu kenderaan di jalan raya, mereka kena patuh peraturan jalan raya.
Oleh sebab itu, marilah kita bercita-cita hidup senang di dunia dan di akhirat, tak kira apa pangkat, jawatan dan status kita dengan mengamalkan perintah Allah sebagai orang Islam.
Saturday, October 1, 2011
Wajib taati perintah Allah
Islam merupakan agama yang membawa keselamatan, kesejahteraan, kekayaan, dan keadilan kepada seluruh manusia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Setiap orang Islam wajib mengakui kebaikan Islam ini.
Setiap perintah Allah wajib ditaati dalam melaksanakan urusan di dunia dan jalan menuju akhirat. Masalah yang sering timbul ialah manusia cenderung menentang perintah Allah terutama dalam perkara-perkara yang bertujuan larangan. Larangan itu pula menyekat keseronokan pelakuan manusia, kuatlah penentangan itu. Dicari dan difikir alasan untuk mengelakkan larangan Allah.
Sebab itulah Allah menyatakan hukum hudud. Semua orang yang duduk di bawah langit yang sama, di Barat mahupun di Timur, apa saja pegangan politik, apa saja jawatan - guru, pasukan keselamatan, nelayan, bisnes dan sebagainya asalkan orang itu Islam wajib menerima dan tak boleh menolak hukum ini. Hukum ini untuk kebaikan bukan untuk kemusnahan. Hukum Allah mengatasi hukum yang dibuat oleh manusia.
Allah akan memberikan rahmat kepada manusia yang menerima apatah lagi melaksanakan perintah-Nya. Mereka yang menolaknya, Allah akan menjauhkan rahmat pula. Kalau ada orang yang tidak bersedia melaksanakannya, lebih baik diam daripada mempertikaikannya. Lebih bahaya jika berkempen untuk mempertikaikannya. Mohon dijauhkan azab daripada Allah.

Friday, April 24, 2009
Songkok tak pernah dicuci
Songkok biasanya tak pernah dicuci. Apabila sering dipakai oleh orang Islam timbul persoalan wajarkah dipakai untuk bersembahyang. Kakitangan kerajaan dibolehkan memakai songkok warna hitam sebagai songkok atau pakaian rasmi.Begitu juga ramai ahli politik memakai songkok untuk bersolat. Saya belum mendengar atau melihat ada orang yang membasuh/cuci songkok termasuk kalangan guru agama.
Jika songkok itu sudah lebih 3 tahun bermakna sudah 3 tahun tak dicuci. Tapi tak tahulah kalau ada orang cuci songkok sendiri gunakan air.Mungkin songkok plastik agaknya.
Kopiah lebih praktikal berbanding songkok. Kopiah mudah dibasuh/cuci dan setelah kering boleh dipakai semula. Hal ini penting apabila kita hendak mengerjakan solat bagi umat Islam. Kesucian pakaian amat penting selain faktor wuduk, tertib dan sebagainya.
Walaupun anda peminat songkok,terutama songkok tinggi bagi orang Johor, pakailah kopiah apabila bersolat.

Tuesday, April 14, 2009
Artis dan ulama
Rasanya ramai yang bersetuju dan seronok apabila artis rock seperti Amy Search dan rakan-rakannya(drr) membuat persembahan di Kota Bahru di depan MB Kelantan Datuk Nik Aziz. Selama ini artis dianggap terlalu kontra dengan aktiviti ulama kerana gambaran yang silap. Pandangan ulama sering digambarkan bertentangan dengan pandangan artis.
Amy drr membawa imej dan perspektif positif. Nampaknya Siti Nurhaliza juga menemui Nik Aziz walaupun bukan tujuan politik, tetapi kunjungan hormat itu membawa makna penerimaan artis pada kaca mata ulama.
Fitrah semua manusia perlukan hiburan, tetapi hiburan yang bagaimana? Saya sangat berharap ulama di Malaysia dapat memainkan peranan mewujudkan wadah yang sebenar dan imej yang dikehendaki Islam dalam soal hiburan. Janganlah di Kota Bahru sahaja. Janganlah juga hanya Nik Aziz sahaja yang memainkan peranan. Jika artis mahu bertemu Nik Aziz tidak perlu dihalang, itu hak artis berkenaan.
Boleh dikatakan setiap negeri ada ulama terkenal. Buat program yang melibatkan artis. Apa salahnya artis buat persembahan di sekolah pondok atau madrasah dengan kaedah atau garis panduan yang sesuai dengan syariat Islam. Beri peluang kepada mereka mengenali sekolah pondok atau madrasah dengan lebih dekat. Bakat yang ada gunakan untuk aktiviti dakwah. Jemput masyarakat luar menyaksikannya. Artis dan ulama ada peranan masing-masing, eloklah ada kerjasama.

Saturday, February 7, 2009
Islam dalam masyarakat majmuk
Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai budaya dan anutan agama yang pelbagai. Islam sebagai agama rasmi tidak harus dilihat sebagai agama untuk orang Melayu sahaja. Islam merupakan agama untuk semua bangsa tanpa mengira keturunan, bahasa dan warna kulit. Ajaran Islam sesuai untuk semua manusia. Sebab itu tidak ada orang bukan Islam yang tertindas di negara yang rakyatnya ramai Islam, banyak sumber ekonomi dan lebih tenteram. Kita sangat berharap Islam dan Melayu perlu dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Melayu merupakan bangsa dan Islam pula satu agama. Oleh itu, segala perbuatan orang Melayu tidak semestinya memberi gambaran ajaran Islam.
Amalan kurang sihat yang dilakukan oleh orang Melayu tidak boleh dianggap ajaran Islam. Penyalahgunaan dadah, rasuah, gejala sosial dalam kalangan remaja seperti merempit dan sebagainya amat dilarang tetapi jelas dilakukan oleh sesetengah orang Melayu.
Orang Melayu sepatutnya mempamerkan akhlak yang baik sebagaimana tuntutan ajaran Islam. Mereka juga perlu menunjukkan bekerja dan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang yang diceburi. Begitu juga dalam berpolitik dan pentadbiran.
Dalam hal ini, perpaduan dalam masyarakat Melayu sangat penting untuk dicontohi oleh kaum lain. Jalan dan laluan untuk bersatu padu bukan menggunakan hiburan. Penonjolan hiburan melalui media akan melemahkan semangat perpaduan. Sebaliknya, Islam mesti dijadikan landasan untuk bersatu padu. Tidak kira apa aktiviti yang kita lakukan, landasannya hanya Islam yang menjadi pemacu untuk bersatu dan berjaya.
Begitu juga dalam situasi politik pada masa ini terutama bagi parti yang mahu berkuasa dan memerintah. Parti politik hanya saluran untuk mendapatkan kuasa memerintah. Pada hari akhirat kelak, kita tidak dinilai parti apa yang diikuti. Oleh sebab itu, apa saja perbuatan kita perlu bersandar pada ajaran Allah. Niat kita untuk mendapat keredaan-Nya. Adakah ada antara kita sudah tidak takut pembalasan oleh Allah? Tanya diri sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...