Sudah ditakdirkan Tuhan Malaysia memang sebuah negara yang bertuah mempunyai pelbagai sumber alam semula jadi yang lebih hebat daripada negara lain. Yang negara lain tak ada, di Malaysia ada. Malaysia ada minyak, galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan pelbagai jenis, air yang banyak,dan hujan sepanjang tahun. Muka buminya yang bergunung-ganang, bukit bukau, pantai, laut, lembah dan sebagainya menjadikan negara ini lebih hebat. Tak ada gunung berapi, belum ada gempa bumi yang dahsyat dan kemarau atau banjir yang teruk seperti negara lain. Makanan pun banyak dan enak. Penduduknya berbilang kaum dan budaya menambah lagi 'kekayaan' negara ini. Memang permai dan indah negara ini.
Persoalannya, bagaimanakah sumber itu dimanfaatkan? Adakah sumber itu memberi faedah sepenuhnya kepada rakyat?
Sebagai rakyat biasa, pemimpin sepatutnya bijak menguruskan semua sumber yang ada untuk dinikmati rakyat keseluruhannya. Berdasarkan semua sumber itu, wajarlah semua harga barangan paling rendah harganya di dunia. Salji tak ada tak apa sebab salji bukan barang keperluan utama. Barang yang tak ada di negara ini ada alternatifnya.
Mengurus semua sumber secara bijak sangat penting. Minda pemimpin sepatutnya kelas pertama. Pemimpin dari parti apa sekalipun wajar memikirkan hala tuju negara untuk kepentingan rakyat. Utamakan kebajikan rakyat. Kenaikan harga barang akan memberi kesusahan kepada rakyat sama ada kakitangan kerajaan atau bekerja sendiri. Fikirkanlah.
Tuesday, January 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...
-
Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bu...