Thursday, November 8, 2012
Panorama Sentral, Melaka
Panorama Sentral yang terletak di kawasan Sungai Rambai, Melaka menjadi hentian rehat di lebuh AMJ. Lebuh AMJ ialah lebuh raya antara Melaka dengan Johor menjadi laluan penting ke Johor melalui daerah Muar. Nama Panorama Sentral tidak sesuai dan tidak ada identiti tempatan(Melaka). Jika tidak ada nama lain, namakan saja Hentian Rehat Sungai Rambai supaya mudah dikenali.
Tidak pasti sebab dinamakan panorama sentral. Apakah perkara yang nak disentralkan di Melaka, setelah ada Melaka sentral, Pudu sentral dan sebagainya. Jika tujuannya nak menarik pelancong asing, rasanya kurang tepat. Pelancong asing tak nampak berkunjung ke situ. Tidak perlu nak gunakan bahasa Inggeris yang dimelayukan iaitu sentral.
Di negara Ireland, lebuh rayanya juga ada hentian rehat. Saya terpandang papan tanda Green apple untuk kawsan rehat termasuk restoran,bilik air, kedai cendera mata dan berbagai-bagai keperluan lain. Sangat kemas dan suasananya menarik. Mereka menggunakan nama buah-buahan sebagai satu identiti tempatan.
Bahasa dan pemikiran sebahagian masyarakat kita masih dipengaruhi Barat, tetapi Barat tidak terpengaruh dengan kita. Itu sebagai satu contoh, belum dibicarakan aspek lain yang banyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...
-
Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bu...
No comments:
Post a Comment