Monday, September 24, 2012
Sayur pucuk paku pakis
Kadang kala kita berasa jemu dengan masakan atau makanan yang ada masa ini. Apatah lagi makanan segera. Masakan sekarang banyak lemak, berminya, dan pedas. Banyak majlis yang diadakan menyajikan masakan yang berlemak. Masyarakat sekarang mampu menyediakan atau menghidangkan makanan yang mahal tetapi tidak sihat seperti nasi beriani atau nasi minyak. Jauh beza masakan kita dengan sesetengah bangsa di dunia, contohnya masakan Korea selatan. Penggunaan minyak yang kurang, banyak dipanggang dan direbus menjadikan masakan mereka kurang berlemak.
Teringat pula semasa zaman kanak-kanak atau tinggal di kampung, banyak sumber hasil sekitar kampung seperti pucuk paku pakis jenis merah. Pucuk paku ini enak dimasak tumis air, atau direbus atau masak lemak dengan sedikit santan kelapa.Campur bawang putih, merah, ikan bilis ditumbuk. Lauknya ikan bilis hitam yang digoreng dengan sedikit minyak.
Saya akan mengulangi masakan ini jika berkesempatan dapat mengambil pucuk paku pakis di kampung sehingga sekarang. Pasar tani juga ada menjualnya.
Kenangan dahulu sentiasa timbul apabila makan sayur itu bersama nasi panas. Arwah ibu sering masak sayur itu. Tak mampu membeli sayur sawi, kobis, dan sayur lain yang datang secara komersial lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...
-
Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bu...
No comments:
Post a Comment