Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut:
1. Harapkan pagar, pagar makan padi
2. Melepaskan batuk di tangga
3. Menanam tebu di tepi bibir
Alasan:
Tidak munasabah jika pagar yang makan padi.
Peribahasa kedua, perkataan melepaskan batuk tidak sesuai kerana perbuatan itu batuk, bukan alat. Untuk apa batuk dilepaskan di tangga?
Peribahasa ketiga, tebu tidak boleh ditanam di tepi bibir, hancur bibir manusia.
Saya menyatakan bahawa peribahasa itu sepatutnya :
1. Harapkan pegar, pegar makan padi
2. Melepaskan batok di tangga
3. Menanam tebu di tepi tubir.
Alasan:
Pegar lebih sesuai kerana pegar ialah sejenis burung yang boleh makan padi.
Batok ialah tempurung kelapa yang dijadikan alat untuk menceduk air atau bekas minuman.
Tepi tubir lebih tepat kerana tubir bermakna di tepi tebing sungai atau jurang.
Ulasan saya:
Hal ini mungkin disebabkan peribahasa itu ditulis dalam tulisan jawi. Masyarakat dahulu tidak ada sistem tulisan yang baku sama ada jawi atau rumi. Peribahasa juga disampaikan dari mulut ke mulut sebagai satu tradisi lisan. Tidak mustahil berlaku perubahan sebutan mengikut generasi yang menuturkannya. Saya berpendapat perkataan batok itu pinjaman bahasa Jawa. Memang bahasa Jawa ada menyatakan bahawa batok ialah alat menceduk air atau bekas minuman (seperti cawan) dibuat daripada tempurung kelapa.
Berdasarkan Kamus Peribahasa Melayu DBP, bentuk peribahasa Melayu yang pertama masih dikekalkan kerana penggunaannya sudah lama dalam masyarakat dan tidak perlu diubah.
Sewangi Pandan
Blog untuk percambahan dan perkongsian pelbagai ilmu.
Tuesday, January 8, 2019
Wednesday, December 12, 2018
TABUNG KHAS UNTUK ORANG ISLAM
Kerajaan Pakatan Harapan PERLU mewujudkan tabung khas untuk orang Islam menabung berbeza dengan bank Islam dan Tabung Haji. Tabung Haji (TH) bertujuan asal untuk umat Islam menyimpan wang bagi tujuan mengerjakan haji. Tetapi kepercayaan orang Islam itu telah diselewengkan dana ke arah tujuan lain yang akhirnya mendatangkan masalah lain pula.
Tabung khas yang ditubuhkan akan membolehkan orang Islam menabung. Pihak kerajaan boleh menguruskan tabung ini secara profesional untuk pelaburan dan aktiviti ekonomi demi kepentingan orang Islam.
Peranan tabung ini berbeza dengan bank Rakyat, Bank Islam, Amanah Saham yang sudah sedia ada.

Friday, June 2, 2017
Tuesday, May 30, 2017
Yang tersurat dan tersirat dalam ekonomi Malaysia
Dengan pembelian Proton itu, pemodal China kini mengusai dua syarikat tempatan dalam industri bersangkutan pemotoran. Disember lalu, syarikat penapisan minyak China, Shandong Hengyuan Petrochemical Co, membeli 51 peratus saham kilang penapis Shell di Port Dickson dengan harga ASS$66.3 juta (kira-kira RM300 juta).
Kedua-kedua pembelian ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai membeli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.
Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada China tidak langsung menghairankan kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) rekaan (Datuk Seri) Idris Jala, kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan pasaran bebas. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi negara.
Kedua, kerajaan sendiri tidak ada duit. Walaupun Najib memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan kadar pelbagai cukai, yuran dan tol serta memotong peruntukan pembangunan, kedudukan kewangan kerajaan dan negara masih lemah.
Disebabkan kekurangan wang dan kejatuhan keuntungan, banyak syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) terpaksa menjual harta mereka di dalam dan luar negara.
Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari negara China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita.
Secara tersirat ekonomi kita, walaupun berkembang pada kadar yang agak tinggi, sedang mengalami masalah sistemik (wabak) yang semakin teruk – kadar tukaran ringgit lemah, harga barang dan perkhidmatan naik, kadar inflasi makin tinggi, hutang kerajaan dan isi rumah melambung, pengangguran meningkat dan gaji membeku.
Jadi apalah sangat kerajaan membenarkan Proton dijual kepada China kalau masalah ekonomi negara dan kewangan kerajaan lebih buruk daripada itu?
(Sumber: Daripada sedutan blog Datuk Abd Kadir Jasin 25/5/17)
Ulasan:
Rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu peka dengan suasana ekonomi pada masa ini. Kesannya dirasai pada masa akan datang kerana orang Melayu banyak yang makan gaji dengan kerajaan mahupun swasta.

Sunday, May 7, 2017
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/07/menteri-dakwaan-ekonomi-merudum-hanya-khabar-angin/
JELI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ekonomi Malaysia akan merudum menjelang September depan.
Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah khabar angin memandangkan negara sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mustapa berkata, setakat ini, tiada pihak yang mampu membuat unjuran tepat terhadap ekonomi negara walaupun terdapat beberapa perkembangan global yang berlaku di luar jangkaan.
“Yang pastinya ekonomi dunia (dan Malaysia) bertambah baik. Rekod perdagangan kita menunjukkan pada suku pertama tahun ini berkembang kira-kira 23% dan merupakan rekod tertinggi sejak 2010.
“Kita tak pernah jangka ia berlaku. Saya tak nampak apa-apa perubahan dalam landskap pelaburan dan perdagangan (ketika ini), malah dari sudut pelaburan ia meningkat begitu ketara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail hari ini.
Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut.
ULASAN:
Bagi rakyat biasa dan bawahan, mereka hanya mahu Gst dihapuskan. Subsidi dikembalikan supaya harga barangan keperluan utama tidak meningkat dengan mendadak. Rasuah dan penyelewengan dibanteras.

Monday, April 3, 2017
RAKYAT TAK NAMPAK SUSAH KAN?
Terdapat guru yang juga penyokong tegar UmnoBn mengatakan PH(Pakatan Harapan) sengaja membuat dakwaan Gst dan penarikan subsidi telah menyebabkan rakyat kini menanggung beban dan tekanan hidup.
Katanya, tidak nampak pun rakyat jadi tertekan dengan kenaikan harga barang. Jalan raya sesak dengan jumlah kenderaan yang banyak, kedai makan atau restoran ramai orang, kedai kain dan pasar malam sesak dengan pengunjung. Kereta yang baru banyak di jalan raya. Itulah hujah dangkal penyokong UmnoBn.
Bagi seorang guru yang juga kakitangan kerajaan, dia akan dapat gaji pada setiap bulan. Dia patut melihat rakyat yang bekerja sendiri demi sesuap nasi begitu perit. Kenderaan yang banyak di jalan raya itu dibeli melalui pinjaman bank. Mereka berhutang, bukan beli tunai termasuk kakitangan kerajaan.
Pergerakan kereta di jalan raya mahupun lebuh raya dapat dilihat terutama pada cuti umum atau hujung minggu. Mereka ada urusan menghantar atau mengambil anak yang belajar di asrama, kolej atau universiti. Selain itu, mereka patut menghadiri majlis kenduri dan kunjungan saudara mara terdekat. Ini tak dapat dielakkan.
Kita juga melihat kedai makan bukan setiap masa ramai pelanggan. Hanya hujung minggu atau cuti umum.

Thursday, January 5, 2017
MELANCONG KE NEW ZEALAND 23 NOV HINGGA 3 DIS 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
Peribahasa yang dipertikaikan
Saya ditanya tentang peribahasa Melayu yang dipertikaikan sebagaimana yang berikut: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi 2. Melepaskan batu...
-
Poyo adalah ringkasan daripada Bahasa Inggeris iaitu Proud of Your Own... Poyo ialah perkataan bahasa pasar atau slanga Melayu boleh dikat...
-
Ungkapan tanah tumpahnya darahku kurang sesuai berbanding dengan tanah tumpah darahku. Jika tidak silap, tanah tumpah darahku sudah lama di...
-
Pengguna bahasa Melayu masih keliru dengan penggunaan kata majmuk dan kata ganda. Antara kata majmuk yang dianggap kata ganda ialah bukit bu...